Harian Metro

Inisiatif tanpa tunai

- Nasuha Badrul Huzaini cnews@nstp.com.my

„ AFFINBANK sasar nisbah kos dan pendapatan kepada 50 peratus

Affin Bank Bhd (AFFINBANK) menyasarka­n penurunan nisbah kos kepada pendapatan­nya menjadi 50 peratus daripada 55 peratus pada masa ini dalam tempoh tiga tahun.

Ketua Eksekutif AFFINBANK, Kamarul Ariffin Mohd Jamil berkata, sasaran itu dibuat berikutan pelaksanaa­n pelbagai inisiatif digital yang dijalankan pihaknya untuk pelanggan.

Katanya, ia termasuk pembukaan cawangan tanpa tunai yang pertama oleh AFFINBANK di Pusat BeliBelah MyTOWN di sini.

Beliau berkata, pihaknya mengambil pendekatan yang berfokuska­n pelanggan dalam era digital hari ini yang mana AFFINBANK memulakan konsep tanpa tunai di cawangan baharu ini untuk memberikan manfaat berunsur digital kepada pelanggan.

“Ia termasuk pengalaman perbankan yang diperbahar­ui, penggunaan peranti sejajar dengan gaya hidup pelanggan untuk berurus niaga serta perolehan maklumat secara langsung. “Konsep cawangan baharu ini adalah fasa pertama dalam membentuk konsep cawangan digital kami secara keseluruha­n. “Kami mahu memberikan pilihan perkhidmat­an yang memudahkan aktiviti perbankan di samping memastikan pelanggan boleh berhubung dengan penasihat kami untuk perkhidmat­an yang tidak boleh dilaksanak­an menerusi teknologi,” katanya pada sidang media selepas pelancaran cawangan itu.

Cawangan berkenaan juga adalah cawangan ke-110 AFFINBANK.

Sementara itu, Pengarah Perbankan Pengguna AFFINBANK, Idris Abd Hamid berkata, pihaknya menyasarka­n seramai 10,000 pelanggan baharu di cawangan berkenaan menjelang akhir tahun ini.

“Kami menyasarka­n golongan belia yang berada di sekitar kawasan ini untuk membuka akaun dengan AFFINBANK,” katanya.

 ??  ?? DR Mohd Zahidi menandatan­gani plak pelancaran Affin Bank di Pusat Beli-Belah MyTOWN.
DR Mohd Zahidi menandatan­gani plak pelancaran Affin Bank di Pusat Beli-Belah MyTOWN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia