Harian Metro

JUTAWAN PENGUTIP SAMPAH

- Agensi

„ Jadi inspirasi penduduk untuk jaga kebersihan bandar

Sekali imbas kelibat seorang lelaki yang sering dilihat mengutip sampah di bandar Chingqing di barat daya China ini mungkin kelihatan seperti pekerja perbandara­n yang ditugaskan untuk menjaga kebersihan.

Namun, ramai yang terkejut apabila mengetahui lelaki itu sebenarnya adalah seorang jutawan yang memiliki syarikat hartanah, pengedar kereta dan beberapa kilang pengeluara­n di China.

Sejak tiga tahun lalu, Zhong Congrong, 52, akan berjalan di bandar itu sambil mengutip sampah sehingga dia dikenali sebagai pengutip sampah jutawan.

Congrong berkata, dia mendapat inspirasi untuk menjaga alam sekitar selepas bertemu dengan seorang bekas profesor di wilayah Hainan yang menghabisk­an masa lapangnya dengan mengutip sampah di kawasan taman.

Dia sangat kagum dengan semangat wanita berkenaan dan sejak itu dia melakukan perkara sama di bandarnya sendiri.

Pada mulanya, usaha Congrong itu menerima banyak reaksi negatif daripada orang ramai yang tidak faham mengapa seorang jutawan sanggup mengotorka­n tangannya untuk mengutip sampah.

Ramai menuduh Congrong hanya mahu menjadi tarikan media untuk mempopular­kan dirinya, malah isteri dan anaknya juga malu dengan tindakanny­a itu.

Apabila masa berlalu, penduduk mula melihat kawasan bandar mereka semakin bersih kerana usaha Congrong dan sejak itu mereka mula memuji serta menyokong lelaki berkenaan.

Malah isterinya juga bangga dengan Congrong, dan wanita itu juga menubuhkan badan bukan kerajaan yang berkempen membasmi amalan membuang sampah.

Congrong juga memakai baju dengan slogan menggalakk­an orang ramai menjaga kebersihan dan dia juga mendenda pekerjanya yang membuang sampah merata-rata di tempat kerja.

“Sama ada anda membuang atau mengutip sampah, ia tidak mempunyai kaitan dengan pencapaian akademik, latar belakang budaya, umur atau status sosio-ekonomi,” kata Congrong.

 ??  ?? PADA mulanya ramai menganggap Congrong hanya mahu meraih populariti dengan mengutip sampah. - Agensi
CONGRONG mengutip sampah di satu kawasan kaki lima di Chingqing, barat laut China. - Agensi
PADA mulanya ramai menganggap Congrong hanya mahu meraih populariti dengan mengutip sampah. - Agensi CONGRONG mengutip sampah di satu kawasan kaki lima di Chingqing, barat laut China. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia