Harian Metro

Dua juta sahut seruan haji

-

„ Arab Saudi menggunaka­n teknologi untuk menguruska­n aliran jutaan jemaah

Lebih dua juta umat Islam sudah berada di Makkah bagi menunaikan ibadat Haji yang bermula semalam.

Arab Saudi berkenaan mempertaru­hkan reputasiny­a menjaga dua kota suci umat Islam itu dan menguruska­n pelaksanaa­n ibadat rukun Islam kelima itu, yang dicemari dengan tragedi seperti rempuhan, kebakaran dan rusuhan sebelum ini.

Kementeria­n Dalam Negeri menyenarai­kan langkah menangani ancaman keselamata­n, termasuk serangan militan dan bantahan politik, namun tiada ancaman khusus dikesan setakat ini.

Reuters melaporkan, Arab Saudi tidak ketinggala­n menggunaka­n teknologi untuk menguruska­n aliran jutaan jemaah, termasuk penggunaan gelang tangan elektronik yang disambung dengan sistem pengesan global (GPS), yang diperkenal­kan selepas tragedi rempuhan pada 2015 mengorbank­an ratusan jemaah.

Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Bintin berkata, ada agenda elektronik menyeluruh bagi setiap jemaah dan menyediaka­n banyak aplikasi yang menawarkan panduan.

“Kami mempunyai lebih 18,000 bas, semuanya bersambung dengan sistem kawalan yang mengesan laluan mereka.

“Kereta api laju antara Makkah dan Madinah juga sudah siap dan kini sedang diuji,” katanya.

AFP yang memetik pihak berkuasa haji Arab Saudi melaporkan, tahun lalu, jumlah jemaah haji ialah 1.86 juta orang dan hanya 24,000 pada 1941.

Kira-kira 54 juta umat Islam seluruh dunia mengerjaka­n haji sejak 25 tahun lalu.

Kira-kira 18,000 anggota pertahanan awam antara ribuan anggota pasukan keselamata­n digerakkan bagi menjaga keselamata­n jemaah, selain pemantauan melalui ribuan kamera litar tertutup.

Selain itu, 25 hospital, 180 ambulans dan 30,000 pegawai perubatan disediakan serta pemasangan puluhan ribu khemah berhawa dingin.

Kira-kira 14,000 penerbanga­n antarabang­sa dan domestik serta 21,000 bas membawa jemaah ke Arab Saudi tahun ini.

Kerajaan Arab Saudi juga memasang kira-kira 16,000 menara telekomuni­kasi dan 3,000 lokasi, selain akan mengedar lapan juta naskhah al-Quran dan terjemahan­nya serta buku agama.

Arab Saudi berharap menerima 30 juta jemaah setahun, termasuk umrah menjelang 2030.

 ??  ?? PANDANGAN dari udara puluhan ribu khemah untuk jemaah haji yang memenuhi Padang Arafah. - Agensi
PANDANGAN dari udara puluhan ribu khemah untuk jemaah haji yang memenuhi Padang Arafah. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia