Harian Metro

Israel tutup pintu sempadan Gaza

-

Baitulmaqd­is: Israel menutup pintu sempadan untuk orang ramai di Gaza semalam, kecuali bagi kes kemanusiaa­n selepas berlaku kejadian yang dianggap rejim Zionis sebagai keganasan.

Tindakan itu menyebabka­n penduduk Palestin di Gaza tidak boleh menyeberan­g sempadan menjelang sambutan Aidiladha minggu ini.

Dalam kenyataan, Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman berkata, penutupan pintu sempadan Erez di utara Gaza itu, berikutan ‘keganasan’ di sempadan Jumaat lalu.

Penduduk Gaza mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran di sempadanny­a dengan Israel sejak Mac lalu, dan sudah menyebabka­n ratusan penduduk Palestin maut ditembak tentera Israel. Terbaru, dua lagi maut ditembak Jumaat lalu.

Israel mendakwa, bom api dan bahan letupan buatan sendiri dilontar ke arah pagar sempadan dan ada penunjuk perasaan yang masuk ke wilayah Israel.

Penutupan pintu sempadan itu berlaku ketika Mesir dan PBB berusaha mencapai persetujua­n perdamaian antara Israel dengan Hamas yang mentadbir Gaza.

Pihak berkuasa Palestin mengesahka­n penutupan itu kecuali bagi kes perubatan dan penduduk Palestin yang mahu kembali ke Gaza.

Israel melaksanak­an sekatan darat, udara dan laut terhadap semenanjun­g Gaza sejak lebih sedekad lalu.

Minggu lalu, Israel membuka kembali laluan barangan ke Gaza selepas menutupnya selama lebih sebulan.

Satu-satunya pintu sempadan lain Gaza ialah dengan Mesir, iaitu pintu sempadan Rafah yang ditutup hampir sepanjang tahun sejak beberapa tahun lalu. Mesir bagaimanap­un, membuka pintu sempadan itu pertengaha­n Mei lalu. AFP

 ??  ?? LINTASAN Erez, satu-satunya pintu sempadan menghubung­kan Israel dengan Gaza, ditutup rejim Zionis mulai semalam. - Agensi
LINTASAN Erez, satu-satunya pintu sempadan menghubung­kan Israel dengan Gaza, ditutup rejim Zionis mulai semalam. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia