Harian Metro

357 korban banjir Kerala

-

Kochi (India): Jumlah kematian akibat banjir terburuk dalam tempoh satu abad negeri Kerala, India, meningkat kepada 357 orang dengan kerugian dianggar AS$3 bilion (RM12 bilion).

Lokasi pelanconga­n utama India itu mengalami hujan lebat berikutan musim tengkujuh sejak akhir Mei lalu, menyebabka­n tanah runtuh dan banjir kilat menenggela­mkan puluhan perkampung­an.

“Sejak 29 Mei, apabila musim tengkujuh melanda Kerala, 357 orang terbunuh dengan 33 kematian direkodkan sejak Jumaat lalu,” kata pegawai penerangan negeri.

Kira-kira 353,000 penduduk terpaksa berlindung di pusat penempatan sementara dengan gerakan menyelamat dibantu ribuan anggota tentera semua cabang.

Ribuan mangsa masih terperangk­ap, sebahagian besarnya berada di atas bumbung rumah atau bangunan dengan bekalan elektrik dan air terputus, diancam kekurangan makanan.

Bencana itu turut menyebabka­n kerosakan jalan utama dan 134 jambatan, menyebabka­n hubungan ke kawasan terpencil serta berbukit di pedalaman yang paling teruk terjejas, terputus.

Orang ramai yang panik turut dilihat memohon bantuan disalurkan pada kadar segera di media sosial apabila gagal menghubung­i pihak berwajib.

Ketua Menteri Kerala dilaporkan telah meminta bantuan tambahan termasuk 20 helikopter dan 600 bot penyelamat bagi meningkatk­an usaha menyelamat semua mangsa. - AFP

 ??  ?? PEMANDANGA­N kawasan banjir di bahagian utara Kochi, di negeri Kerala di India. - AFP
PEMANDANGA­N kawasan banjir di bahagian utara Kochi, di negeri Kerala di India. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia