Harian Metro

Berjaya cipta skuter terbang

- Agensi

„ Pereka China berjaya terbangkan dron selepas 1,559 kali mencuba

Selepas 1,559 kali mencuba, akhirnya seorang pereka China berjaya menerbangk­an skuter iaitu dron dalam bentuk motosikal dan berharap dapat memasarkan produk berkenaan tidak lama lagi.

Zhao Deli, 40, dari bandar Tangxia, Dongguan, wilayah Guangdong, yang membina skuter dengan lapan kipas itu berharap dapat memasarkan ciptaannya itu dengan harga antara A$5,500 (RM22,563) hingga A$7,200 (RM29,537) mulai tahun depan.

“Impian saya menjadi kenyataan dengan penerbanga­n sulung ini iaitu penerbanga­n percubaan yang ke 1,560,” katanya.

Beliau menamakan dron itu Jin Dou Yun bermaksud Awan Ajaib iaitu awan terbang yang dinaiki watak fiksyen China, Monkey King.

Skuter mempunyai enjin di bawah tempat duduk untuk menggerakk­an lapan kipas itu berjaya diterbangk­an Zhao bulan lalu, dan mendarat dengan selamat.

Dalam temuramah dengan Guangzhou Daily, Zhao berkata: “Ia seperti menunggang motosikal.”

Menurutnya, skuter itu mampu membawa bebanan antara 50 hingga 100 kilogram dengan kelajuan maksimum 70 kilometer sejam, manakala baterinya tahan selama 30 minit.

Sejak kecil Zhao berazam untuk terbang dan hobinya membaiki barangan elektronik di rumahnya. Pada 2008, beliau menubuhkan syarikat bagi menjual lima model dron yang dihasilkan­nya sendiri, termasuk dron menggunaka­n petrol.

Dua tahun lalu, Zhao terbaca mengenai papan selaju terbang di Kanada yang memberinya idea menghasilk­an skuter terbang berkenaan.

Namun, ia tidak mudah dan cubaannya menerbangk­an skuter tanpa pemandu gagal ribuan kali, malah terpaksa menjual rumah dan meminjam wang bagi meneruskan projek skuter terbang itu.

Kini menurutnya, dia akan memperkema­skan dron berkenaan, termasuk memasang bahagian luaran agar skuter berkenaan kelihatan menarik serta bercadang menerbangk­annya merentasi Sungai Kuning.

 ??  ?? ZHAO bersama skuter terbangnya. - Agensi
ZHAO bersama skuter terbangnya. - Agensi
 ??  ?? ZHAO menerbangk­an skuternya yang diberi nama Jin Dou Yun bermaksud Awan Ajaib. - Agensi
ZHAO menerbangk­an skuternya yang diberi nama Jin Dou Yun bermaksud Awan Ajaib. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia