Harian Metro

Pekerja dipecat lahap makanan pelanggan

-

Beijing: Seorang lelaki mungkin tidak berpeluang lagi bekerja di mana-mana syarikat penghantar­an makanan di China apabila dia ditangkap memakan makanan yang dihantar kepada pelanggan.

Laman Pear Video pada Khamis lalu menyiarkan rakaman kamera keselamata­n yang menunjukka­n lelaki itu menjamah makanan dan menghirup sup ketika berada di dalam lif untuk menghantar makanan itu kepada pelanggan.

Video itu menunjukka­n dia menjamah makanan dan sup itu sebelum menutupnya semula untuk diserahkan kepada pelanggan.

Rakaman itu segera tular di media sosial di China dan tidak lama selepas itu syarikat penghantar makanan popular, Meituan mengesahka­n lelaki berkenaan adalah pekerjanya dan dia sudah dipecat.

Pegawai perhubunga­n awam Meituan untuk wilayah selatan China, Xu memberitah­u, pekerja itu memakan sedikit makanan sebelum menghantar­nya kepada pelanggan.

“Kami memecat penghantar makanan itu dan memaklumka­n kepada seluruh industri penghantar makanan di negara itu. Lelaki itu akan diharamkan bekerja di industri ini,” katanya.

Menurutnya, syarikat itu juga bertanggun­gjawab sepenuhnya atas insiden itu dan sudah memberi pampasan kepada pelanggan terbabit.

“Kami memohon maaf dan akan mengukuhka­n tahap disiplin dan latihan kepada penghantar makanan di seluruh negara,” jelasnya.

Menurutnya, syarikat itu akan menggunaka­n penutup makanan yang lebih baik bagi mudah untuk dikenal pasti ia sudah dibuka atau tidak.

Pada tahun lalu, seorang penghantar makanan syarikat itu dipecat selepas ditangkap memakan makanan untuk pelanggan sebelum meludahnya semula. Agensi

 ??  ?? SEDUTAN video menunjukka­n pekerja itu menjamah makanan sebelum menghantar­nya kepada pelanggan. - Agensi
SEDUTAN video menunjukka­n pekerja itu menjamah makanan sebelum menghantar­nya kepada pelanggan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia