Harian Metro

BARCA BENAM IMPIAN ALAVES

- Reuters

Juara La Liga, Barcelona memulakan kempen baru dengan kemenangan 3-0 ke atas Alaves awal pagi semalam menerusi sepakan percuma menakjubka­n Lionel Messi yang turut meledak dua gol, serta jaringan pemain gantian Philippe Coutinho.

Barca mendominas­i perlawanan di Nou Camp tetapi gagal memanfaatk­an peluang untuk mengatasi Alaves yang menjadi pasukan terakhir mengecewak­an mereka di Catalan ketika menang 2-1 pada 2016 dan hampir mengulangi­nya musim lalu sebelum tewas 1-2.

Sepakan Messi terkena palang pada separuh masa pertama menerusi gerakan set-piece dan Ousmane Dembele memaksa penjaga gol lawan, Pacheco bekerja keras untuk menyelamat­kan bola manakala Luiz Suarez gagal mencetus sebarang impak.

Jurulatih Barca, Ernesto Valverde membawa masuk Coutinho pada awal separuh masa kedua untuk menggantik­an Nelson Semedo, mengubah posisi Sergi Roberto dari bahagian tengah ke pertahanan bagi memberikan lebih kreativiti terhadap pasukan demi merobek pertahanan Basque.

Barca kelihatan lebih berbahaya selepas itu namun masih memerlukan sentuhan bijak penjaring terbanyak sepanjang zaman yang juga kapten baru, Messi untuk memecah kebuntuan.

Pemain Argentina itu mengejutka­n Alaves dengan merembat bola rendah di bawah tembok pertahanan dan melepasi Pacheco yang tergamam, mengulangi gaya jaringan sama ke atas Girona musim lalu.

Ia juga jaringan ke-6,000

„ Barcelona mula kempen saingan dengan jaringan magis Messi

Barca dalam kancah La Liga.

“Saya tidak tahu dia akan menjaringk­an gol seperti itu, bagi saya ia sesuatu yang mengejutka­n kerana dia mempunyai begitu banyak pilihan,” kata pemain tengah Barca, Sergio Busquets.

“Ada kalanya dalam perlawanan seperti ini anda perlu menunggu sehingga Leo melaksanak­an tugasnya,” kata Roberto.

“Percubaan pertama terkena palang, yang kedua, gol ke-6,000.”

 ??  ?? PENYERANG sensai Barcelona, Lionel Messi melepasi asakan pemain Alaves.
PENYERANG sensai Barcelona, Lionel Messi melepasi asakan pemain Alaves.
 ??  ?? AKSI penjaga gawang Alaves dalam saingan di Camp Nou, semalam.
AKSI penjaga gawang Alaves dalam saingan di Camp Nou, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia