Harian Metro

City masih buka ruang buat Mendy AWASI BENTEKE!

- AFP

„ Klopp beri amaran waspada berdepan bekas penyerangn­ya di Crystal Palace

Manchester: Pep Guardiola menegaskan masih terdapat ruang di Manchester City buat Benjamin Mendy selagi dia kekal fokus di padang.

Pertahanan kiri itu kini dalam proses mencari semula rentak di Etihad selepas terlepas sebahagian besar kempen musim lalu akibat kecederaan ligamen lutut yang dialaminya sewaktu berdepan Crystal Palace, September tahun lalu.

Dia kembali beraksi April lalu, tepat pada masanya untuk membantu Perancis menjulang Piala Dunia di Russia yang mana dia sempat membuat satu kemunculan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan berdepan Denmark.

Mendy diturunkan dalam dua kemenangan pertama City – mengatasi Chelsea

2-0 dalam aksi perebutan Perisai Komuniti dan kemudianny­a menentang Arsenal dengan jumlah gol yang sama di Stadium Emirates, Ahad lalu.

Bagaimanap­un, Guardiola tetap mengkritik Mendy yang gagal memainkan peranan posisi dengan betul apabila berkata: “Kadang kala anda rasa seperti mahu membunuhny­a, kadang-kala anda akan bercakap, Wow betapa hebatnya dia.”

Dia turut menggesa pertahanan­nya itu supaya kurang meluangkan masa dengan aktiviti media sosial.

Namun, bekas pengurus Barcelona itu tidak mampu menafikan betapa kehadiran Mendy dalam pasukan tetap meningkatk­an semangat rakan sepasukann­ya.

“Untuk memiliki pemain seperti Mendy di bilik persalinan adalah amat penting untuk menjaga keharmonia­n pasukan. Dia suka membuat orang ketawa.” –

AFP

London

Jurgen Klopp memberi amaran supaya Liverpool berwaspada dengan ancaman Christian Benteke apabila pencabar gelaran itu berdepan bekas penyerangn­ya di Crystal Palace awal pagi esok.

Skuad Klopp meletakkan diri mereka sebagai pencabar utama Liga Perdana Inggeris musim ini dengan kemenangan besar 4-0 ke atas West Ham hujung minggu lalu.

Ia permulaan sempurna buat Liverpool untuk menyingkir­kan juara bertahan Manchester City selepas Klopp berbelanja £160 juta (RM837.8 juta) pada musim rehat liga.

Namun, Klopp percaya ada bahaya menanti mereka dalam kunjungan ke Selhurst Park.

Palace sering memberikan ujian getir buat pasukan gergasi yang berkunjung ke selatan London dan kehadiran penyerang Belgium, Benteke adalah sebahagian daripada ancaman itu.

Benteke berada dalam skuad Klopp ketika beliau tiba di Anfield pada

2015 namun sukar mencari tempat buat penyerang itu dan membenarka­nnya menyertai Palace selepas setahun di

Merseyside.

Pemain berusia 27 tahun itu menerajui serangan Palace ketika menang 2-0 di Fulham pada hari pertama kempen musim ini, sekali gus mencetus kenangan ketika dua gol pemain itu mengecewak­an Liverpool di Anfield pada April 2017.

“Semua orang bercakap menjual

Benteke satu kesilapan kerana skil yang dimilikiny­a tidak pernah hilang,” kata Klopp.

“Biarpun tidak menjaringk­an banyak jaringan musim lalu, dia sentiasa berpeluang menjaringk­an gol.”

Benteke bukan satu-satunya ancaman dimiliki barisan penyerang Palace dan pengurus

Eagles, Roy

Hodgson percaya

Wilfried

Zaha juga mampu mengubah masa depan kelab itu.

 ??  ?? ZAHA
BENTEKE
ZAHA BENTEKE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia