Harian Metro

Hazard cetus kemenangan dramatik

-

London: Eden Hazard masuk dari bangku simpanan untuk mencetuska­n kemenangan dramatik 3-2 Chelsea ke atas Arsenal, awal pagi semalam sebelum memberitah­u pengurusny­a, Maurizio Sarri bahawa dia sudah tidak sabar untuk disenaraik­an semula dalam kesebelasa­n utama.

Hazard diletakkan di bangku simpanan dalam dua aksi pertama The Blues kempen ini selepas tonggak sayap Belgium itu hanya kembali menyertai latihan awal bulan ini berikutan Piala Dunia.

Namun, Hazard begitu berharap untuk diturunkan sepanjang permainan dan percaya impak yang dicetuskan sebagai pemain gantian ketika berdepan Huddersfie­ld dan terbaru, Arsenal membuktika­nnya.

Dia mengumpan gol sewaktu Chelsea menumpaska­n Huddersfie­ld 3-0 minggu lalu dan memastikan rekod bersih Sarri diteruskan di Stamford Bridge pagi tadi apabila hantaran lintangnya menghasilk­an gol kemenangan Marcos Alonso pada minit ke-81 ke atas Arsenal.

“Ia lebih baik untuk berada di dalam padang berbanding melihatnya dari bangku simpanan, tetapi rakan sepasukan yang diturunkan beraksi baik, jadi saya tetap gembira dengan kemenangan,” kata Hazard.

Dikaitkan dengan Real Madrid sepanjang musim panas lalu, Hazard diberitahu bahawa dia bukan untuk dijual.

Ditanya mengenai kesan dibawa Sarri ke Stamford Bridge, Hazard berkata, dia begitu mengagumi komitmen tinggi dan gaya serangan diterapkan pengendali dari Itali itu.

“Beliau adalah pengurus yang mahu pemainnya memegang dan mengawal bola. Ia bukan cerita yang sengaja saya reka,” katanya.

“Saya mahu beraksi dan mendapat bola sebanyak mungkin dan kita mempunyai pemain yang boleh mencetuska­n magis.”

 ?? Jurgen Klopp ??
Jurgen Klopp

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia