Harian Metro

Gempur Samurai Biru

-

Cikarang: Gergasi Asia, Jepun sah akan menentang skuad B-23 tahun negara pada pusingan kedua apabila negara matahari terbit itu muncul naib juara Kumpulan D, semalam.

Tanpa disangka, Samurai Biru tewas mengejut 0-1 di tangan Vietnam untuk kekal enam mata manakala lawan dari Asia Tenggara itu mengunggul­i kumpulan dengan sembilan mata.

Vietnam menjaringk­an gol tunggal menerusi Nguyen Quang Hai seawal minit ketiga.

Malaysia yang sudah sah bergelar juara Kumpulan E berdasarka­n peraturan kemenangan peringkat kumpulan akan sekali lagi berdepan tugas sukar.

Skuad negara sebelum ini melakar kejutan menewaskan juara bertahan, Korea Selatan 2-1.

“Tidak kira siapa lawan di pusingan kedua, saya mengharapk­an pemain mampu mempamerka­n yang terbaik dan terus melakar kemenangan.

“Saya akan membuat pertukaran dalam aksi menentang Bahrain esok (aksi terakhir Kumpulan E). Saya perlu menilai tahap kecergasan dan keadaan pemain selepas dua perlawanan yang sukar,” kata jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee.

Jelasnya adalah bagus untuk mengetahui lebih awal siapa lawan Malaysia namun menegaskan lebih baik mereka fokus menentang Bahrain terlebih dulu.

“Pemain tahu perjuangan kita masih belum berakhir. Saya percaya pemain ‘dahaga’ untuk pergi lebih jauh dari apa yang dicapai sekarang. Namun pada tahap ini tidak perlu fikir mengenai pingat atau suku akhir,” katanya.

Pada masa yang sama, Kim Swee mahukan keputusan yang positif hari ini walaupun bakal melakukan perubahan.

“Kita tidak boleh berpuas hati dengan keputusan sebelum ini, perlu pamer yang terbaik dalam setiap perlawanan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia