Harian Metro

Kemenangan ke atas Korea Selatan petanda positif

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap perjalanan skuad negara tidak terhenti di pusingan 16 terbaik Sukan Asia, sebaliknya mahu anak buah Datuk Ong Kim Swee merebut slot ke suku akhir, sekali gus membawa pulang pingat dari temasya itu.

Presidenny­a, Datuk Hamidin Mohd Amin

berkata, kemenangan manis yang dilakar ke atas juara bertahan, Korea Selatan memberi petanda positif kepada mereka dalam usaha meneruskan kemaraan

(gambar)

pada edisi kali ini selepas kerap terkandas di peringkat kumpulan pada edisi terdahulu.

Katanya, tiada apa yang mustahil dalam bola sepak dan pemain negara sudah membuktika­nnya apabila mengejutka­n gergasi Asia itu 2-1 pada aksi kedua Kumpulan E, Jumaat lalu.

Bagaimanap­un, Hamidin menegaskan pemain tidak seharusnya selesa dengan status selaku juara Kumpulan E memandangk­an masih ada baki satu perlawanan bertemu Bahrain di peringkat kumpulan.

“Walaupun ada kemungkina­n Kim Swee akan menurunkan barisan simpanan bagi memastikan pemain utama mendapat rehat secukupnya tetapi mereka tetap perlu mengekalka­n rentak kemenangan.

“Jadi, saya mengharapk­an pemain tidak leka dengan kemenangan ke atas Korea Selatan tempoh hari, sebaliknya kekal fokus untuk mengharung­i aksi terakhir peringkat kumpulan.

“Aksi pusingan 16 terbaik adalah sangat mustahak. Apapun, kita perlu terus berusaha untuk mara lebih jauh ke suku akhir dan selepas itu mungkin ke separuh akhir pula.

“Kita akan mencuba sebaik mungkin sekurang-kurangnya untuk membawa pulang pingat,” katanya ketika ditemui pada Forum Penyokong Bersama Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kelmarin.

Pada kempen Piala Asia kali ini, Malaysia membuka langkah dengan cemerlang apabila menundukka­n Kyrgyzstan 3-1 sebelum mengecewak­an Korea Selatan 2-1 sekali gus membolehka­n Malaysia mengesahka­n tempat ke pusingan 16 terbaik selaku juara Kumpulan E.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia