Harian Metro

Masih ada peluang ORGGA taja Poad ke Sukan Asia Jakarta-Palembang

-

„ Norza arah pemain negara kutip pingat individu

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mahu beregu lelaki dan campuran negara mendapatka­n pingat di Sukan Asia menerusi acara individu yang bermula Rabu ini.

Selepas tewas 0-3 kepada Jepun dalam aksi berpasukan semalam sekali gus menyaksika­n skuad negara tersungkur buat julung kali di pusingan pertama dalam sejarah temasya itu, beliau mahu semua pemain negara melupakan kekecewaan dan bangkit menampilka­n aksi lebih meyakinkan.

“Memang saya kecewa kerana mereka tewas mudah hari ini dan ini menunjukka­n mereka gagal menyaingi Jepun, bagi saya kekalahan (Goh) V Shem-(Tan) Wee Kiong memang tidak boleh diterima.

“Saya mahu mereka segera lupakan kegagalan ini dan bangkit semula dalam acara individu.

“Acara lain seperti beregu lelaki dan beregu campuran harus bangkit sekali gus memberikan aksi cemerlang,” katanya.

Dalam aksi hari ini, perseorang­an pertama, Liew Daren gagal menghadiah­kan mata selepas tewas 13-21, 14-21 kepada juara

(gambar)

dunia, Kento Momota sebelum gandingan V Shem-Wee Kiong tewas 18-21, 18-21 kepada Takeshi Kamura-Keigo Sonoda.

Harapan untuk menyaksika­n perseorang­an kedua, Lee Zii Jia menghidupk­an peluang Malaysia juga tidak kesampaian selepas dia tewas 18-21, 17-21 kepada Kenta Nishimoto.

Sementara itu, Zii Jia berkata, dia mahu melupakan kekalahan hari ini (semalam).

“Ini adalah kali pertama saya jumpa pemain yang berada di kedudukan jauh lebih baik. Saya akui aksi hari ini kurang baik.

“Kami semua perlu lupakan kekalahan ini dan berikan tumpuan kepada acara individu. Sekarang ini kami akan kembali jalani latihan sebelum turun beraksi,” katanya. Kuala Lumpur: Kehadiran jurulatih Khairul Hafiz Jantan, Mohd Poad Md Kassim ke temasya Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang nanti diharap mampu memberi aura positif buat barisan pelari pecut negara.

Biarpun pada mulanya Poad dikatakan tidak akan ke Jakarta kerana gagal mendapat pembiayaan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), segala-galanya berakhir apabila jenama penjagaan kulit organik terbaik di Asia, Orgga tampil memberi tajaan.

Penajaan itu memberi perkhabara­n gembira kepada Poad yang merasakan beliau perlu ke Indonesia bagi memberi sokongan moral kepada anak didiknya kerana yakin sesuatu dapat dilakarkan pelari pecut negara biarpun atas tiket kategori B.

“Memang saya tahu tidak dapat ke Jakarta kerana KOM membuat sistem penggilira­n berikutan kita mempunyai dua jurulatih pecut. Saya sudah ke Komanwel tempoh hari dan kali ini giliran jurulatih lain pula.

“Sebabkan itu saya berusaha untuk cari penaja sendiri. Apa yang buatkan saya nak pergi sangat adalah kerana saya ingin bagi sokongan moral kepada atlet.

“Alhamdulil­lah terima kasih kepada Orgga kerana sudi menaja saya ke Jakarta. Ia sesuatu yang amat dihargai,” katanya yang menerima tajaan tiket penerbanga­n, penginapan dan wang saku.

Bagaimanap­un Poad dikatakan masih belum mempunyai kad akreditasi, namun perkara itu bukan satu masalah apabila Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim akan berusaha untuk mendapatka­nnya.

“Saya sudah berbincang berhubung kad akreditasi ini dan difahamkan Karim akan berusaha untuk mendapatka­nnya terutama di kawasan tempat pemanas badan.

“Jadi saya rasa ia tiada masalah kerana saya juga dimaklumka­n penganjur akan mengeluark­an pas harian kepada mereka yang terbabit,” katanya.

Sementara itu Pengasas bersama Produk Orgga, Ibnul Farid Abdul Ghaffar berkata, beliau terpanggil untuk membantu Poad kerana berasakan perkara seperti ini tidak wajar diabaikan pihak berwajib selain sedar kehadiran Poad untuk bersama atlet sangat penting.

Selain Poad, Orgga turut memberi tajaan kepada seorang lagi jurulatih Mohd Firdaus Salim dengan nilai tajaan dianggarka­n RM10,000.

 ?? Norza Zakaria ?? Saya mahu mereka segera lupakan kegagalan ini dan bangkit semula dalam acara individu”
Norza Zakaria Saya mahu mereka segera lupakan kegagalan ini dan bangkit semula dalam acara individu”
 ??  ?? IBNU Farid menyerahka­n wang penganjura­n kepada Mohd Poad (empat dari kanan).
IBNU Farid menyerahka­n wang penganjura­n kepada Mohd Poad (empat dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia