Harian Metro

Sinar emas wushu

-

„ Cheong Min duduki tangga kedua selepas tamat kategori nanquan

Atlet wushu wanita negara, Tan Cheong Min mencetuska­n harapan untuk memenangi pingat emas pertama kontinjen Malaysia apabila menduduki tempat kedua acara nanquan wanita di Pusat Pameran Antarabang­sa Jakarta, Kemayoran, semalam.

Ia adalah acara gabungan bersama acara nandao yang bakal berlangsun­g hari ini dengan mata daripada kedua-dua acara akan dikumpulka­n.

“Selepas persembaha­n hari ini, saya bertambah yakin untuk hadapi acara esok (hari ini).

“Saya harap dapat raih pingat dan jika emas ia adalah bonus sekali gus hadiah terbaik sempena hari lahir ke-20 esok,” katanya.

(gambar)

Keyakinan atlet dari Melaka itu semakin menebal kerana pencapaian­nya sebagai naib juara dunia dalam acara nandao pada tahun lalu.

“Juara dunia dari Hong Kong tidak ada kali ini namun saya tidak boleh terlalu yakin, saya perlu mempamerka­n persembaha­n terbaik dan kekal fokus,” katanya.

Semalam, dia mempamerka­n persembaha­n menarik untuk mengumpul

9.71 mata, hanya ketinggala­n 0.04 mata kepada lawan dari

China, Lu Tang dalam saingan membabitka­n 12 peserta.

Atlet negara, Tai Cheau Xuen memenangi acara gabungan berkenaan pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan namun emasnya ditarik balik susulan positif doping.

Terdahulu, harapan pingat menerusi acara changquan lelaki tidak kesampaian apabila Yeap Wai Kin dan Wong Weng Son sekadar menamatkan saingan di tempat kelapan dan sembilan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia