Harian Metro

Kehadiran Poad suntik semangat

- Aida Adilah Mat aida_adilah@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Kehadiran jurulatih Khairul Hafiz Jantan, Mohd Poad Md Kassim

ke temasya Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang diharap mampu memberi aura positif buat barisan pelari pecut negara.

Biarpun pada mulanya Poad dikatakan tidak akan ke Jakarta kerana gagal mendapat pembiayaan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), segala-galanya berakhir apabila jenama penjagaan kulit organik terbaik di Asia, Orgga tampil memberi tajaan.

Penajaan itu memberi perkhabara­n gembira kepada Poad yang merasakan beliau perlu ke Indonesia bagi memberi sokongan moral kepada anak didiknya kerana yakin sesuatu dapat dilakarkan pelari pecut negara biarpun atas tiket kategori B.

“Memang saya tahu tidak dapat ke Jakarta kerana KOM membuat sistem penggilira­n berikutan kita mempunyai dua jurulatih pecut. Saya sudah ke Komanwel tempoh hari dan kali ini giliran jurulatih lain pula.

“Sebabkan itu saya berusaha untuk cari penaja sendiri. Apa yang buatkan saya nak pergi sangat adalah kerana saya ingin bagi sokongan moral kepada atlet.

“Alhamdulil­lah terima kasih kepada Orgga kerana sudi menaja saya ke Jakarta. Ia sesuatu yang amat dihargai,” katanya yang menerima tajaan tiket penerbanga­n,

(gambar)

penginapan dan wang saku.

Bagaimanap­un Poad dikatakan masih belum mempunyai kad akreditasi, namun perkara itu bukan satu masalah apabila Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim akan berusaha untuk mendapatka­nnya.

“Saya sudah berbincang berhubung kad akreditasi ini dan difahamkan Karim akan berusaha untuk mendapatka­nnya terutama di kawasan tempat pemanas badan.

“Jadi saya rasa ia tiada masalah kerana saya juga dimaklumka­n penganjur akan mengeluark­an pas harian kepada mereka yang terbabit,” katanya.

Sementara itu, Pengasas bersama Produk Orgga, Ibnul Farid Abdul Ghaffar berkata, beliau terpanggil untuk membantu Poad kerana berasakan perkara seperti ini tidak wajar diabaikan pihak berwajib selain sedar kehadiran Poad untuk bersama atlet sangat penting.

Selain Poad, Orgga turut memberi tajaan kepada seorang lagi jurulatih Mohd Firdaus Salim dengan nilai tajaan dianggarka­n RM10,000.

Barisan atlet olahraga negara akan berlepas ke Jakarta pada 24 Ogos ini dengan Khairul Hafiz akan beraksi dalam acara 100 dan 4x100m.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia