Harian Metro

Van Huizen taruh harapan tinggi buat pemain senior

-

Jakarta: Pengendali hoki negara, Stephen Van Huizen menaruh harapan tinggi kepada

ke“barisan pemain senior negara bagi merealisas­ikan misi memburu tiket awal Olimpik 2020 Tokyo.

Skuad negara akan memulakan cabaran dalam saingan Kumpulan B menentang Kazakhstan di Padang Hoki Gelora Bung Karno, hari ini dengan pingat emas akan memastikan tiket automatik ke temasya berprestij itu.

“Ramai pemain mungkin tampil buat kali terakhir di Olimpik 2020. Mereka sedar yang kita mahu terus layak, ini peluang pertama.

“Mereka sedar perlu beri yang terbaik, lagipun mereka sudah cukup pengalaman dan matang bagi menangani semua tekanan,” katanya.

Pada temasya kali ini, Malaysia mempertaru­hkan sejumlah pemain senior yang cukup berpengala­man seperti S Kumar, Sukri Mutalib, Tengku Ahmad Tajuddin dan Razie Rahim bagi memastikan sasaran mampu dicapai.

Malaysia mengharapk­an permulaan positif menentang Kazakhstan yang dilabel misteri apabila kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu pada Sukan Asia 1994.

“Ketika itu saya difahamkan kita tewas 3-1 dalam aksi peringkat kumpulan sebelum menang 5-0 bagi memastikan tempat kelima di Hiroshima.

“Kita akan memberi fokus kepada kekuatan sendiri. Kita sedar mereka banyak memberi tumpuan kepada hoki dalam dewan, jadi kemahiran asas dimiliki mereka pasti bagus selain fizikal seperti pemain Eropah,” tambahnya.

 ??  ?? VAN Huizen (kanan) merancang strategi permainan dengan skuad hoki negara.
VAN Huizen (kanan) merancang strategi permainan dengan skuad hoki negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia