Harian Metro

Syed Saddiq harap gangsa suntik semangat atlet negara

-

Jakarta: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berharap pingat pertama menerusi taekwondo disumbangk­an Yap Khim Wen berupaya membakar semangat atlet lain untuk terus mencari kegemilang­an.

Kejayaan Khim Wen meraih gangsa dalam acara poomsae individu wanita memang sesuatu yang mengejutka­n dengan sandaran utama semalam adalah di gelanggang wushu.

Bagaimanap­un, Khim Wen tewas tipis kepada Salahsouri Marjan dari Iran pada separuh akhir selepas dua kali cemerlang pada peringkat awal, pagi semalam.

“Tadi saya sempat bersama pasukan wushu dan saya tetap bangga dengan mereka. Memang tak mudah berdepan atlet China, Taiwan.

“Saya amat gembira dengan pingat disumbangk­an taekwondo. Ia sesuatu tidak dijangka tapi tetap memberikan sumbangan untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Mengenai prestasi ditunjukka­n atlet negara, Syed Saddiq tampak berpuas hati seperti mana aksi cemerlang ditampilka­n skuad bola sepak bawah 23 tahun negara.

Katanya, pasukan bola sepak boleh menundukka­n Korea Selatan yang memiliki pemain ternama Liga Perdana Inggeris dan dunia.

“Ini (persembaha­n baik) boleh menjadi landasan terbaik untuk Malaysia dan pembakar semangat buat atlet lain mencipta kejayaan lebih baik,” katanya.

Saya amat gembira pingat disumbangk­an

taekwondo Syed Saddiq Syed Abdul

Rahman

 ??  ?? SYED Saddiq (tengah) melawat atlet negara di perkampung­an atlet di Jakarta.
SYED Saddiq (tengah) melawat atlet negara di perkampung­an atlet di Jakarta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia