Harian Metro

Empat melacur guna Wechat TALI BARUT

- Abdul Rahemang Taiming

Bintulu: Kegiatan pelacuran membabitka­n tiga wanita warga asing dan seorang wanita tempatan berusia lingkungan

20-an menggunaka­n aplikasi Wechat berjaya ditumpaska­n malam kelmarin.

Serbuan kira-kira jam 8 malam itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu di sebuah hotel di Jalan Tanjung Batu, di sini, susulan maklumat risikan.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superinten­dan Zulkipli Suhaili berkata, hasil siasatan awal mendapati semua wanita terbabit bertindak sendirian dengan mempromosi­kan ‘perkhidmat­an’ mereka melalui laman sosial termasuk Wechat.

“Ketika serbuan dilakukan malam tadi, semua wanita itu berada di dalam bilik hotel menunggu pelanggan mereka yang sudah membuat tempahan.

“Turut dirampas empat telefon bimbit, tiga pasport, 14 kondom, krim pelincir seks jenis KY Jelly dan wang tunai berjumlah RM4,083 dipercayai hasil daripada kegiatan haram itu,” katanya.

Zulkipli berkata, berdasarka­n modus operandi, wanita terbabit menjalanka­n aktiviti berkenaan melalui aplikasi Wechat bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Setiap pelanggan yang ingin mendapatka­n khidmat mereka akan menghubung­i mereka dan menetapkan bilik hotel yang akan digunakan bagi melampiask­an nafsu.

“Hasil soal siasat dijalankan mendapati setiap pelanggan dikenakan bayaran sebanyak RM230 selama 45 minit untuk memuaskan nafsu masingmasi­ng,” katanya.

Sementara itu, seorang daripada wanita terbabit bertindak nekad terjun dari tingkat satu hotel berkenaan bagi mengelak dicekup pihak berkuasa.

Bagaimanap­un, cubaannya meloloskan diri gagal selepas kawasan persekitar­an premis berkenaan dikepung polis.

“Suspek yang mengalami kecederaan itu kini diberikan rawatan di Hospital Bintulu,” katanya.

Semua wanita berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 372B Kanun Keseksaan atas kesalahan memperdaga­ngkan tubuh.

Tiga wanita warga asing itu juga berdepan siasatan di bawah Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana salah guna pas lawatan sosial.

cnews@nstp.com.my

Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menggaggal­kan cubaan menyeludup keluar 150 kotak mengandung­i 2,550 paket minyak masak dalam satu operasi di perairan Tanjung Batu, di sini, petang kelmarin.

Barangan subsidi bernilai RM6,375 itu ditemui selepas sepasukan anggota PPM yang menjalanka­n Ops Landai Khas memeriksa sebuah bot jongkong dalam pelayaran ke Pulau Sebatik, kira-kira jam 6 petang.

Pegawai Memerintah Markas Operasi

PPM Tawau, Deputi Superinten­dan Mohd

Nazri Ibrahim berkata, bot berkenaaan yang dikendalik­an seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun ditahan selepas dilihat dalam keadaan mencurigak­an.

Lelaki tempatan seludup keluar 2,550 paket minyak masak

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati semua barang yang dibawa itu tidak memiliki sebarang surat kebenaran daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan

Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mohd Nazri berkata, pihaknya percaya semua minyak masak bersubsidi itu cuba diseludup keluar untuk dipasarkan di negara jiran Indonesia.

“Turut disita sebuah bot jongkong bersama dua unit enjin sangkut jenis Yamaha 40hp dengan nilai rampasan keseluruha­n dianggarka­n RM51,650.

“Suspek ditahan, barang rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LELAKI warga tempatan
ditahan Pasukan PPM ketika cuba menyeludup keluar 150 kotak minyak
masak di kawasan perairan Tanjung Batu.
LELAKI warga tempatan ditahan Pasukan PPM ketika cuba menyeludup keluar 150 kotak minyak masak di kawasan perairan Tanjung Batu.
 ??  ?? SUPERINTEN­DAN Zulkipli
SUPERINTEN­DAN Zulkipli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia