Harian Metro

Pondan bebas berlegar cari pelanggan

-

Sandakan: “RM50 untuk sekali ‘service’,” kata seorang lelaki berpakaian wanita dikenali sebagai Sofea, 20-an, yang tanpa segan-silu menawarkan perkhidmat­an seks ketika ditemui di Bandar Kim Fung, dekat Batu 4 di sini, awal pagi semalam.

Itu tawaran Sofea kepada wartawan ketika ditanya apa yang dia boleh tawarkan sejurus dihampiri ketika dia sedang berdiri di depan sebuah premis.

Selain Sofea, ada dua lagi individu berperwata­kan sama dan mungkin menawarkan perkhidmat­an seks sejenis berlegar menunggu pelanggan di kawasan berkenaan.

Tinjauan NSTP di Jalan Lima, pusat bandar Sandakan mendapati empat lelaki berpakaian wanita dipercayai turut mencari pelanggan di kawasan kaki lima yang agak gelap.

Seorang yang memperkena­lkan diri sebagai Maygen, 30-an, meminta RM80 untuk khidmatnya.

Dalam pada itu, pemandu Grab, Abdullah Ahmad, 32, berkata, kelibat pondan di sekitar bandar ini sudah menjadi perkara biasa terutama pada malam minggu.

“Namun, kadangkala bukan malam minggu pun mereka ada. Malam hari biasa, masa juga tidak tentu. Pelanggan biasanya datang dengan kereta dan pondan itu ikut berjalan. Kira-kira sejam dua begitu, mereka dihantar semula, mungkin selepas selesai perkhidmat­an.

“Mereka bebas saja itu kalau di sini, apa yang saya tahu pondan di sini buat begitu atas kehendak mereka sendiri dan bukan dipaksa atau terpaksa. Mereka tiada penjaga atau bapa ayam,” katanya.

Katanya, pihak berkuasa perlu memantau situasi itu dan berusaha membendung­nya demi nama baik bandar ini agar tidak dilabel sebagai sarang kegiatan tidak bermoral, termasuk yang membabitka­n golongan pondan.

Sepanjang tinjauan NSTP tengah malam hingga awal pagi tadi, sekurangku­rangnya tujuh lelaki berpakaian wanita disyaki menawarkan perkhidmat­an seks berlegar-legar di dua lokasi berkenaan.

 ??  ?? GAMBAR daripada video menunjukka­n lelaki berpakaian wanita disyaki menawarkan perkhidmat­an seks sejenis berlegar-legar di Jalan Lima, Pusat Bandar Sandakan.
GAMBAR daripada video menunjukka­n lelaki berpakaian wanita disyaki menawarkan perkhidmat­an seks sejenis berlegar-legar di Jalan Lima, Pusat Bandar Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia