Harian Metro

Gagal sogok polis RM100

- Junaidi Ladjana cnews@nstp.com.my

„ Lelaki enggan disaman ditahan ubah suai kenderaan, nombor pendaftara­n tidak ikut peraturan

Tindakan seorang lelaki cuba menyogok pegawai kanan polis trafik sebanyak RM100 supaya tidak dikenakan tindakan undang-undang kerana mengubah suai kenderaann­ya membawa padah apabila dia ditahan atas tuduhan cuba merasuah.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi kelmarin, suspek berusia 20 tahun ditahan kerana memandu kenderaan dengan nombor pendaftara­n tidak mengikut peraturan selain mengubah suai struktur kenderaann­ya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, suspek kemudian dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

“Ketika itu, suspek dikatakan memberi suapan wang kepada pegawai kanan BSPT IPK Kota Kinabalu sebanyak RM100 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap suspek.

“Pegawai polis itu kemudian memberi amaran kepada suspek kerana memberi rasuah adalah satu kesalahan, namun lelaki itu tetap berdegil sebelum dia ditahan,” katanya dihubungi.

Habibi berkata, suspek ditahan dan wang tunai RM100 dirampas untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana cuba menawarkan atau memberi suapan kepada penjawat awam ketika ditahan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan dua lelaki atas kesalahan memandu dengan melulu dan bahaya mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pesalah trafik yang ditahan dalam Op Khas Samseng Jalanan di Kota Kinabalu.
SEBAHAGIAN pesalah trafik yang ditahan dalam Op Khas Samseng Jalanan di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia