Harian Metro

Mahu pampasan

- Recqueal Raimi cnews@nstp.com.my

„ Penduduk diarah serah ternakan kepada Jabatan Perkhidmat­an Veterinar untuk dilupus

Penduduk di kampung sepanjang Jalan Kauluan di sini, berharap menerima pampasan setimpal selepas ternakan mereka dilupuskan bagi membendung penularan wabak selesema burung atau virus Avian Influenza (H5N1).

Penduduk di sekitar lima kilometer dari kawasan wabak di Kampung Kauluan iaitu Kampung Tambulaong, Dang Sangai, Bukit Giling dan Telibong menyerahka­n ternakan mereka kepada Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) untuk dilupuskan.

Penduduk Kampung Tambulaong, Ester Juanis, 40, berkata, dia memelihara 30 ayam dan burung sebelum diserahkan kepada JPV untuk dilupuskan berikutan wabak selesema burung.

“Sebelum ini, burung itulah yang menjadi teman sekeluarga untuk bermain kerana sangat jinak manakala ayam kampung pula kerap menjadi sumber makanan.

“Namun, kami akur dengan arahan pihak berkuasa apabila diminta melupuskan unggas itu kerana satu-satunya kaedah mencegah wabak itu. Kesihatan dan keselamata­n kami sekeluarga serta penduduk lebih penting,” penghargaa­n setiap kali bilangan saya menderma darah mencecah nombor genap dan Hospital Queen Elizabeth merekodkan nama saya sebagai penderma kedua terbanyak di Kota Kinabalu,” katanya.

Kira-kira 500 penderma dari sekitar Papar dan daerah berdekatan tampil menderma darah pada program itu yang diadakan di Dewan Masyarakat Papar.

Program terbabit dianjurkan Warisan Fans Club dengan kerjasama Hospital Papar dan Persatuan Talasemia Sabah. katanya.

Menurutnya, mereka mengharapk­an pampasan setimpal kerana ternakan dilupuskan itu sangat bernilai selain menganggap penularan wabak itu bukan berpunca daripada ternakan penduduk.

Dia berkata, penduduk juga memberi kerjasama terhadap langkah diambil JPV yang menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap kenderaan yang keluar masuk ke Kampung Kauluan sebagai usaha pencegahan wabak itu merebak.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Junz Wong sebelum ini menjelaska­n, data berkaitan ternakan dan penduduk yang terjejas akan dikumpul sebagai panduan untuk pembayaran pampasan.

Penduduk Kampung Kauluan, Wainah Damai, 45, berkata, suasana di kampung dan sekitarnya kini sunyi selepas semua ternakan unggas dilupuskan.

“Jika sebelum ini, bangun pagi saja kampung riuh dengan bunyi kokokan ayam namun sekarang tiada lagi, seolah-olah berada pada zaman koboi pula,” katanya.

Dia berkata, walaupun wabak itu semakin reda, mereka masih berhati-hati khususnya dalam memilih makanan terutama ayam.

 ??  ?? KIBING (kiri) ketika menderma darah pada Program Amal Derma Darah 2.0 di Dewan Masyarakat Papar, semalam.
KIBING (kiri) ketika menderma darah pada Program Amal Derma Darah 2.0 di Dewan Masyarakat Papar, semalam.
 ??  ?? ESTER menunjukka­n reban kosong selepas diminta diserahkan ayam kepada Jabatan Veterinar.
ESTER menunjukka­n reban kosong selepas diminta diserahkan ayam kepada Jabatan Veterinar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia