Harian Metro

Sokong program kesukarela­wan

-

Kerajaan negeri sentiasa menyokong program kesukarela­wanan dan memberi peluang serta ruang kepada badan sukarela untuk menjalanka­n aktiviti mereka demi manfaat rakyat negeri ini.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Stephen Wong Tien Fatt berkata, sejajar dengan sumbangan badan sukarela sama ada di peringkat kampung, daerah, negeri, kebangsaan atau antarabang­sa.

Beliau berkata, sokongan itu juga sejajar dengan perkembang­an kesukarela­wan yang menyerlah dalam pelbagai bidang termasuk ada yang bermula daripada organisasi tidak formal kepada organisasi formal.

“Sejarah pelbagai organisasi kesukarela­wanan ditubuhkan sama ada oleh individu atau kumpulan individu bertujuan menyelesai­kan masalah sosial dan membantu golongan kurang bernasib baik dengan menyediaka­n perkhidmat­an dan barangan.

“Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri sentiasa membuka ruang dan menyokong semua program kesukarela­wanan yang dilaksanak­an di negeri ini,” katanya pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia peringkat negeri di sini, semalam.

Turut hadir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Ariffin Asgali, Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Arunarnsin Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong dan serta Pengerusi Bulan Sabit

Merah Malaysia (BSMM) Sabah, Asnan Yunus

Chung.

 ??  ?? WONG menyampaik­an piala kepada wakil kontinjen pemenang perbarisan pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia peringkat negeri di Sandakan.
WONG menyampaik­an piala kepada wakil kontinjen pemenang perbarisan pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia peringkat negeri di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia