Harian Metro

Kibing ‘ketagih’ derma darah

-

Papar: Ketika ramai masih takut untuk menderma darah, bekas pekerja syarikat cari gali minyak ini bukan saja menjadikan amalan itu sebagai rutin hidupnya malah ketagih untuk menderma darah.

Begitulah mulianya sumbangan Kibing Mudin, 56, dari Sipitang yang hingga kini menderma 37 kali berdasarka­n buku rekod derma darah yang disimpanny­a.

Beliau yang ditemui pada program Amal Derma Darah 2.0 di sini, berkata, bilangan sebenar dia menderma darah lebih daripada itu kerana sebahagian tidak direkod.

Katanya, amalan menderma darah bermula ketika dia bekerja di sebuah syarikat cari gali minyak hasil dorongan majikan yang menggalakk­an pekerjanya menderma darah.

“Ketika saya masih bekerja di syarikat cari gali minyak dulu, syarikat menggalakk­an pekerja menderma darah dan setiap kali menderma darah kami dibayar AS$700 (RM2,871) tetapi tidak direkodkan.

“Akhirnya menderma darah menjadi satu ketagihan buat saya dan sejak itu, saya menderma di mana-mana program derma darah atau saya ke hospital untuk menderma darah,” katanya.

Sementara itu, pesara polis, Kedri Bujang, 57, yang menderma 58 kali tidak pernah serik menderma darah sejak berumur 20 tahun.

Dia menderma darah setiap tiga bulan sekali di mana-mana program menderma darah atau hospital, kebanyakan­nya disumbangk­an untuk pesakit Talasemia selain pesakit lain.

“Saya menganggap ini cara saya berbakti kepada masyarakat. Saya diberikan sijil

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia