Harian Metro

Lakonan tak menjadi

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

„ Helah pura-pura pengsan elak ditahan AADK gagal

Seorang lelaki disyaki penagih dadah berpura-pura pengsan bagi mengelak ditahan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam Ops Cegah di Kampung Raganan di sini, tengah malam semalam.

Bagaimanap­un, lakonan itu tidak menjadi apabila lelaki berusia 28 tahun itu ditahan dan memberi alasan kononnya belum makan menyebabka­n dia pengsan.

Ketua AADK Tuaran Asraf Hafis Ruslan berkata, lelaki itu antara enam suspek penagih yang ditahan pada operasi yang bermula jam 12.05 tengah malam.

“AADK Tuaran menjalanka­n Ops Cegah di tiga kampung di daerah ini iaitu Kampung Raganan, Damat

dan Mangkalado­i, Tamparuli.

“Hasilnya, kami menahan enam lelaki kerana terbabit dengan dadah,” katanya dihubungi.

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing mendapati empat lelaki positif dadah jenis syabu dan dua ganja.

“Semua yang ditahan berusia 18 hingga 49 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

Sementara itu, Asraf berkata, operasi itu dibantu AADK Daerah Ranau dan AADK Daerah Labuan.

“AADK Tuaran akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi membantera­s kegiatan penagihan dadah.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgu­naan dadah boleh menyalurka­n maklumat dengan menghubung­i AADK Tuaran di talian 088-788336 atau tampil ke pejabat AADK berhampira­n,” katanya. Namanya mungkin kurang dikenali namun Mohd Sirhajwan Sidek, guru dari Kolej Vokasional Keningau, mengharumk­an nama negara selepas memenangi beberapa anugerah mewakili Malaysia di peringkat antarabang­sa.

Pencapaian dan sumbangan guru bahasa Inggeris yang berasal dari Kota Belud itu khususnya dalam bidang pendidikan sangat besar dan hebat, malah berjaya meletakkan Malaysia berdiri megah di mata dunia.

Kebanyakan anugerah yang dimenangi Mohd Sirhajwan, 31, tertumpu kepada inisiatif kreatifnya dalam pengajaran bahasa Inggeris dan menggalakk­an pelajar luar bandar untuk menguasai bahasa itu dalam kehidupan seharian mereka.

Beliau berkata, kebanyakan pelajarnya adalah dari kawasan pedalaman, di mana mereka berdepan dengan masalah pendedahan terhadap bahan pengajaran dan pengalaman yang sangat terhad.

Katanya, beliau tahu pelajar dari kawasan berkenaan menyedari kepentinga­n mempelajar­i dan menguasai bahasa Inggeris dan menekankan bahawa mereka juga berupaya untuk belajar dan menggunaka­n bahasa itu.

 ??  ?? ENAM lelaki yang ditahan dalam operasi dijalankan AADK.
ENAM lelaki yang ditahan dalam operasi dijalankan AADK.
 ??  ?? MOHD Sirhajwan
MOHD Sirhajwan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia