Harian Metro

BAKTI ORANG MUDA

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Masa terluang ketika cuti semester dimanfaatk­an 14 penuntut tahun kedua Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan, Universiti Malaya (UM) dengan menyertai program khidmat masyarakat di Cameron Highlands, Pahang, barubaru ini.

Program di bawah seliaan pensyarah dan pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat

(JKM) itu membabitka­n projek penyelengg­araan rumah masyarakat Orang Asli yang uzur di Kampung Sungai Kabuk, Ringlet, Cameron Highlands.

Pensyarah Jabatan

Ukur Bangunan, Fakulti Alam Bina UM yang juga penasihat program, Dr Rodiah Zawawi berkata, matlamatny­a adalah untuk memberi platform kepada penuntut sekali gus pendedahan dalam mempraktik­kan apa yang dipelajari di bilik kuliah terutamany­a menerusi subjek Pengukuran dan Analisis Bangunan.

“Program ini bertujuan membantu penduduk sudah uzur dan tidak mampu menguruska­n keadaan rumah yang asalnya dibina oleh kerajaan.

“Antara aktiviti dilakukan termasuk membaiki lantai dan tangga kayu, membersih kawasan persekitar­an kediaman termasuk menebas rumput.

“Selain memberi pendedahan kepada sukarelawa­n untuk berkhidmat di lapangan, program ini juga peluang terbaik untuk mereka mendekati masyarakat Orang Asli yang sering dianggap terpinggir dari segi pembanguna­n,” katanya.

Kata Rodiah, program itu bakal diteruskan pada masa akan datang selepas melihat manfaatnya yang bukan saja dinikmati secara langsung oleh pemilik kediaman tetapi semua termasuk sukarelawa­n terbabit.

“Saya yakin semangat kerjasama ditunjukka­n sukarelawa­n dapat meningkatk­an daya saing seterusnya tahap kebolehpas­aran mereka dalam membina kerjaya di industri kelak,” katanya.

Sementara itu, ketua sukarelawa­n, Muhammad Nurhakim Mohd Zin berkata, penyertaan dalam program berkenaan memberinya peluang mempraktik­kan kemahiran menerusi kerja penyelengg­araan bangunan dan baik pulih kerosakan tangga dan lantai di beberapa rumah yang dikenal pasti.

“Untuk program ini, saya terbabit dalam kerja membaiki kerosakan lantai rumah penduduk dan rasa puas apabila dapat memberi manfaat kepada pemilik menerusi bantuan yang diberikan.

“Lebih-lebih lagi apabila dimaklumka­n mengenai keadaan penghuniny­a yang sudah uzur dan tidak berdaya untuk melakukan sendiri kerja penyelengg­araan,” katanya.

Seorang lagi sukarelawa­n, Teng De Wei berkata, peluang menyertai program berkenaan dimanfaatk­an sepenuhnya untuk membantu penduduk.

Katanya, pada masa sama, dia turut mengambil kesempatan yang ada untuk menguji kemahirann­ya terutama dalam aspek pertukanga­n.

“Penyertaan dalam program ini membolehka­n saya berbakti kepada warga emas di sini menerusi bantuan yang memberi manfaat kepada mereka untuk jangka masa panjang.

“Jadi, saya berpandang­an ia adalah program yang baik dan memberi kepentinga­n kepada semua pihak termasuk sukarelawa­n dalam mempraktik­kan apa yang kami pelajari selama ini di bilik kuliah,” katanya.

 ??  ?? SUKARELAWA­N bersama pensyarah dan pegawai JKM selepas tamat program.
SUKARELAWA­N bersama pensyarah dan pegawai JKM selepas tamat program.
 ??  ?? MENYUMBANG bakti membaiki lantai kediaman warga emas
MENYUMBANG bakti membaiki lantai kediaman warga emas
 ??  ?? BERGOTONG-royong membaiki tangga rumah penduduk.
BERGOTONG-royong membaiki tangga rumah penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia