Harian Metro

Tiada istilah penat

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

„ Penuntut luar negara habiskan masa cuti sertai kerja amal

Ketika kebanyakan penuntut luar negara gemar mengisi cuti semester dengan melancong, Nurul Shazlina Yazis, 22, pula selesa memenuhi masa lapang dengan menyertai kerja kesukarela­wanan.

Semangat membara membantu golongan kurang bernasib baik membuatkan gadis ini tidak lelah menyertai empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam satu masa.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Kewangan dan Perakaunan, University of Birmingham, United Kingdom itu mahu terus mengisi masa mudanya dengan mengembara untuk berbakti kepada masyarakat.

Katanya, tuntutan tugas sebagai penuntut universiti serta memegang dua jawatan penting sebagai Naib Presiden Platform Siswa Islam Malaysia (PRiSM) UK dan Bendahari Muslim Care Eropah menyemarak­kan semangatny­a untuk menghulurk­an bantuan kepada golongan memerlukan.

“Bukanlah niat saya menyertai kerja kebajikan untuk mendapatka­n pujian namun saya yakin hidup kita ini memainkan peranan dalam diri orang lain kerana rezeki untuk dikongsi bersama.

“Saya suka meletakkan sepenuh hati dan tenaga dalam menjalanka­n sesuatu misi kerana saya mahu meringanka­n beban mereka.

“Rasa sayang yang menebal dalam dunia sukarelawa­n ini juga membuatkan saya tidak pernah kenal erti penat, malah sudah pasti semua ini dapat dicapai melalui pembahagia­n masa yang betul kerana saya juga tidak mahu pelajaran tercicir,” katanya.

Menurutnya, antara cabaran pernah dilalui sepanjang aktif sebagai sukarelawa­n sejak 2014 ialah masalah bahasa ketika menyantuni pelarian Chechnya di Warsaw, Poland.

“Sebenarnya agak susah untuk saya berkomunik­asi dengan mereka disebabkan perbezaan bahasa, namun itu tidak menjadi halangan bagi saya terus membantu atas dasar kemanusiaa­n dan persamaan kita sebagai saudara Muslim.

“Ketika di sana, kami banyak menggunaka­n bantuan Google Translate untuk berkomunik­asi dengan mereka.

“Senyuman mereka menggembir­akan hati saya, malah sampai sekarang, saya masih berhubung dengan salah seorang pelarian itu,” katanya.

Menurutnya, dia mahu menjadikan dirinya sebagai penggalak anak muda supaya mengambil peduli realiti kehidupan masyarakat kurang bernasib baik di seluruh dunia.

“Untuk misi seterusnya, PRiSM merancang melaksanak­an misi ke Bosnia dan di bawah OUTBOX Malaysia sedang berjalan kempen mengumpul dana untuk projek Sekolah Impian Kandal di Kemboja.

“Saya akan terus menginspir­asikan belia di luar sana untuk sama-sama menyumbang bakti ke jalan kebajikan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? NURUL Shazlina ketika menyediaka­n barangan sumbangan untuk diserahkan kepada pelarian di Warsaw, Poland.
NURUL Shazlina ketika menyediaka­n barangan sumbangan untuk diserahkan kepada pelarian di Warsaw, Poland.
 ??  ?? NURUL Shazlina beramah mesra dengan penduduk sebuah kampung di Pulau Banggi, Kudat, Sabah.
NURUL Shazlina beramah mesra dengan penduduk sebuah kampung di Pulau Banggi, Kudat, Sabah.
 ?? Nurul Shazlina ?? Saya suka meletakkan sepenuh hati dan tenaga dalam menjalanka­n sesuatu misi kerana saya mahu meringanka­n beban mereka”
Nurul Shazlina Saya suka meletakkan sepenuh hati dan tenaga dalam menjalanka­n sesuatu misi kerana saya mahu meringanka­n beban mereka”
 ??  ?? NURUL Shazlina aktif dalam kerja kesukarela­wan di luar negara dan Malaysia melalui pertubuhan PRiSM UK.
NURUL Shazlina aktif dalam kerja kesukarela­wan di luar negara dan Malaysia melalui pertubuhan PRiSM UK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia