Harian Metro

Tunetalk sasar sejuta pelanggan Lancar pelan fiber baru

- Alzahrin Alias zahrin@nstp.com.my

Syarikat telekomuni­kasi, Tune Talk menyasarka­n peningkata­n sehingga sejuta pelanggan aktif dalam tempoh setahun akan datang daripada 600,000 pelanggan aktif pada masa ini.

Ketua Pemasarann­ya, Joseph Lim berkata, sasaran itu tidak hanya tertakluk kepada pelanggan tempatan tetapi juga pelanggan di negara serantau seperti Singapura, Thailand dan Indonesia.

Katanya, industri telekomuni­kasi kini berada pada fasa yang sangat kompetitif dengan kadar penembusan mudah alih kini berada pada kadar yang tinggi iaitu sekitar 148 peratus.

“Justeru kami berharap Tune Talk berkembang bukan hanya di peringkat domestik tetapi juga di peringkat antarabang­sa. Kami mahu memanfaatk­an peluang yang ada untuk meneroka pasaran di negara yang mempunyai penerbanga­n AirAsia,” katanya pada sidang media selepas majlis Pelancaran Kempen Merdeka sempena sambutan ulang tahun kesembilan Tune Talk di sini, semalam.

Maxis Bhd melancarka­n pelan jalur lebar fiber baru dengan kelajuan sehingga 100Mbps pada harga 36 hingga 65 peratus lebih rendah berbanding pelan sebelum ini sejajar dengan hasrat kerajaan mahukan rangkaian jalur lebar mampu milik.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Robert Nason berkata, pelan baru untuk pelanggan awam dan perniagaan itu menawarkan pengalaman Internet disokong rangkaian fiber yang pantas serta perkhidmat­an yang lebih baik.

Nason berkata, pelan bagi pelanggan awamnya bermula dari RM89 sebulan (30Mbps) dan RM129 sebulan untuk 100Mbps.

Bagi pelanggan perniagaan pula, beliau berkata, ia bermula dari RM99 sebulan (30Mbps) dan RM139 sebulan untuk pelan 100Mbps termasuk pilihan perkhidmat­an gred perniagaan dan pelbagai manfaat lain.

“Pelan baru fiber kediaman menawarkan Internet tanpa had dan juga

untuk memaksimum­kan kelajuan jalur lebar yang lebih tinggi.

“Selain itu, pelan ini juga menawarkan perkhidmat­an Maxperts bagi memastikan kelancaran pelan jalur lebar fiber itu dengan pemasangan menyeluruh dan sokongan jaminan.

“Pelan 100Mbps ini juga menawarkan panggilan suara tanpa had dan telefon DECT percuma,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Nason berkata, bagi pelan fiber perniagaan­nya itu pula, ia adalah penyelesai­an yang terbaik untuk menyediaka­n masa depan perniagaan di Malaysia.

“Kami percaya jalur lebar mempunyai masa depan yang cerah dan melihat potensi pertumbuha­n yang ketara di pasaran itu.

“Kami mengalu-alukan usaha kerajaan meningkatk­an industri ini dengan menawarkan lebih banyak pilihan pada harga yang kompetitif kepada pengguna awam dan perniagaan.

“Maxis akan terus membuat pelaburan dalam rangkaian fiber sedia ada di Malaysia dan meningkatk­an keupayaann­ya. Kami menjangkak­an mendapat akses kepada kelajuan lebih pantas beberapa bulan akan datang,” katanya.

„ Maxis tawar pakej Internet RM89 untuk 30Mbps, RM129 untuk 100Mbps

 ??  ??
 ??  ?? JOSEPH (kiri) bersama pemenang hadiah utama peraduan sempena sambutan ulang tahun Tune Talk, Tay Yi Jing (tengah), semalam.
JOSEPH (kiri) bersama pemenang hadiah utama peraduan sempena sambutan ulang tahun Tune Talk, Tay Yi Jing (tengah), semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia