Harian Metro

107 penuntut IPT wakili negara ke Sukan Asia

-

Jakarta: Bukan setakat cemerlang dalam pelajaran bahkan turut sama menyumbang pingat buat negara, sekali gus membuktika­n pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) negara mampu berjaya dalam pelbagai bidang.

Pingat pertama negara menerusi acara taekwondo, poomsae di Sukan Asia kelmarin disumbangk­an Yap Khim Yen, seorang pelajar IPT di HELP University.

Semalam, Tan Cheong Min yang juga pelajar Asia Pasific University terlepas peluang meraih pingat dalam acara wushu apabila menduduki tempat keempat.

Seramai 107 daripada keseluruha­n 418 atlet yang mewakili Malaysia ke temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 adalah pelajar IPT.

Seorang daripadany­a, Amy Kwan Dick Weng berkata, dia amat berterima kasih kepada semua pihak termasuk Kementeria­n Pengajian Tinggi kerana memberikan kepercayaa­n serta peluang buatnya mewakili Malaysia pada saingan sukan terbesar Asia itu.

Amy adalah sebahagian daripada skuad gimrama yang sudah menempa pelbagai kejayaan di peringkat antarabang­sa.

“Untuk sukan Asia ini, saya berharap kami berempat Koi Sie Yan , Izzah Azman dan Ng Jia Wen - dapat melakukan yang terbaik untuk Malaysia.

“Kami sudah melalui semua latihan setiap hari dan kami berharap kerja keras kami ini akan berhasil,” kata pelajar Universiti Malaya itu.

Amy menjelaska­n adalah menjadi impiannya untuk membawa pasukan negara ke tahap lebih tinggi dalam sukan itu.

Seramai 102 atlet mewakili negara kali ini terdiri daripada pelajar tujuh institusi pendidikan tinggi awam, 12 institusi pengajian tinggi swasta, serta masing-masing satu daripada kolej komuniti dan politeknik.

 ??  ?? KIM Wen (belakang, dua dari kanan) selepas memenangi pingat gangsa dalam acara individu perempuan Poomsae di Sukan Asia 2018.
KIM Wen (belakang, dua dari kanan) selepas memenangi pingat gangsa dalam acara individu perempuan Poomsae di Sukan Asia 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia