Harian Metro

CIMB beri bantuan kewangan buat kakitangan miliki anak istimewa

-

Lumpur: CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) memperkena­lkan bantuan kewangan dan pengaturan masa kerja fleksibel untuk kakitangan yang mempunyai anak istimewa bagi membantu mereka memberi tumpuan kepada keluarga dan kerjaya.

Dasar baru itu membenarka­n pekerjanya yang layak, bekerja dari rumah sehari dalam seminggu dan menerima bantuan kewangan sehingga RM1,000 setiap anak setiap bulan.

Ketua Pegawai Kakitangan Kumpulan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin berkata, ia adalah peningkata­n terbaru program ‘Kesejahter­aan Tempat Kerja @ CIMB’, falsafah korporat yang menyasar kewujudan persekitar­an kerja yang membolehka­n pekerja lebih produktif dan seterusnya menyokong pengekalan bakat.

Beliau berkata, warga kerja adalah aset paling bernilai dan sentiasa menjadi pemacu strategik untuk pertumbuha­n perniagaan CIMB.

“Dengan 36,000 kakitangan di 16 negara dari pelbagai budaya dan latar belakang, kami percaya dengan keperluan penyediaan persekitar­an untuk membolehka­n setiap pekerja menyumbang secara berkesan ke arah matlamat perniagaan CIMB.

“Untuk itu, program ‘Kesejahter­aan Tempat Kerja @ CIMB’ dipertingk­atkan untuk memastikan setiap pekerja, tanpa mengira keperluan unik dan keadaan peribadi, bertahan untuk membangunk­an kerjaya mereka di CIMB,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, dasar kesejahter­aan pekerja yang diperkenal­kan akan diterjemah­kan kepada tenaga kerja positif dan produktif, seiring dengan hasrat mempromosi­kan ciri kepelbagai­an dan keterangku­man tempat kerja di CIMB.

 ?? Hamidah Naziadin ?? Ia adalah peningkata­n terbaru program ‘Kesejahter­aan Tempat Kerja @ CIMB’, falsafah korporat yang menyasar kewujudan persekitar­an kerja yang membolehka­n pekerja lebih produktif”
Hamidah Naziadin Ia adalah peningkata­n terbaru program ‘Kesejahter­aan Tempat Kerja @ CIMB’, falsafah korporat yang menyasar kewujudan persekitar­an kerja yang membolehka­n pekerja lebih produktif”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia