Harian Metro

Sengaja buat jatuh

- AFP

Mohamed Salah didakwa berpura-pura dikasari ketika bintang Liverpool itu mendapatka­n penalti kontrovers­i yang mencetus kemenangan 2-0 ke atas Crystal Palace.

Palace yang turut menyaksika­n seorang pemainnya dibuang padang, mendakwa Salah sengaja menjatuhka­n dirinya di dalam kotak penalti di akhir babak pertama di Selhurst Park.

Pengadil Michael Oliver memberikan sepakan penalti selepas pemain sayap Mesir itu dikasari Mamadou Sakho dan James Milner menyempurn­akan sepakan untuk gol pertama Liverpool.

Lebih malang lagi buat Palace, Aaron Wan-Bissaka dibuang padang di babak kedua kerana menjatuhka­n Salah.

Skuad kendalian Jurgen Klopp menggunaka­n kelebihan itu memastikan kemenangan 100 peratus pada permulaan kempen Liga Perdana Inggeris dengan gol kedua jaringan Sadio Mane dalam masa kecederaan.

Pengendali Palace Roy Hodgson yang berang dengan penalti berkenaan berkata: “Saya kecewa kerana saya rasai ia bukan penalti. Ia mencetus kemarahan dan kekecewaan.

“Saya sudah lama dalam bola sepak. Jika ia adalah penalti maka permainan ini sudah berubah sepenuhnya. Sakho adalah pertahanan dan dia akan cuba bertahan.

“Tidak mungkin dia cuba mengasari pemain itu. Liverpool tidak sepatutnya berada di depan.”

Klopp pula cuba mengelak daripada

„ Palace dakwa Salah pura-pura dikasari Sakho

menjawab kontrovers­i itu dengan mengatakan dia tidak melihat insiden berkenaan.

“Saya tidak tanya Mo mengenainy­a. Saya tidak melihatnya. Ia kelihatan seperti penalti, tetapi saya tidak tahu,” kata Klopp.

 ??  ?? SAKHO (tengah) mengasari Salah dalam kotak penalti.
SAKHO (tengah) mengasari Salah dalam kotak penalti.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia