Harian Metro

Tuah ubah taktikal Zii Jia tekad pamer aksi terbaik acara individu

-

„ Skuad sepak takraw negara tempah slot ke final selepas mudah jinakkan Indonesia pada saingan separuh akhir, semalam

Jakarta: Tewas awal dalam aksi berpasukan kepada Jepun tidak mematahkan semangat perseorang­an kedua negara, Lee Zii Jia yang berazam untuk menampilka­n aksi lebih meyakinkan dalam acara individu di Sukan Asia 2018 bermula esok.

Pemain berusia 22 tahun itu enggan terlalu terbawa-bawa dengan kekalahan pasukan negara,

Ahad lalu sebaliknya akan terus bekerja keras untuk menampilka­n aksi lebih baik selepas ini.

Suasana di Istora

Senayan yang dipenuhi penyokong tuan rumah tegasnya, sama sekali tidak mengganggu fokus ketika beraksi dengan tumpuan penuh ke atas permainann­ya saja.

“Pasukan kita sudah kalah, jadi kita jangan fikir lagi mengenai perkara itu sebaliknya terus beri tumpuan kepada latihan untuk beberapa hari ini sebelum turun dalam acara individu,” kata Zii Jia.

“Suasana di dalam stadium itu perkara biasa, cuma keadaan angin kuat dan saya akan cuba mengatasi masalah itu pada hari pertanding­an.”

Menurutnya, undian untuk acara berkenaan belum dilakukan dan fokusnya hanya untuk memberikan aksi terbaik tanpa mengira siapa lawan bakal ditemui.

Skuad badminton negara gagal ke suku akhir acara berpasukan selepas tewas 3-0 kepada Jepun, Ahad lalu dengan Liew Daren, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Zii Jia gagal menyumbang sebarang mata dalam perlawanan itu.

Selain berdepan lawan sukar, pasukan negara juga berdepan provokasi daripada penonton Indonesia yang memberikan sokongan penuh kepada Jepun ketika

itu.

“Selepas ini saya mahu memburu kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 jika diberi peluang. Kejohanan kelayakan akan dibuka pada tahun depan, saya perlu mendapatka­n pendedahan dan kumpul mata dengan menyertai lebih banyak kejohanan, terutama di peringkat Asia,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara,

Johnathan

Wong

Guanjie sekadar menduduki tempat ke-24 daripada

40

peserta selepas membidik 570 mata dalam acara 10m air pistol lelaki.

“Keputusan ini mengecewak­an bagi saya kerana saya sepatutnya beraksi dengan lebih baik hari ini. Saya mengalami beberapa masalah tadi dan perasan yang bidikan saya tidak konsisten.

“Saya juga kurang keyakinan, mungkin kerana menggunaka­n pistol baharu dan meletakkan tekanan tinggi ke atas diri saya,” katanya. BERNAMA

 ??  ?? AKSI pemain sepak takraw negara Muhammad Norhaffizi Abd Razak (kanan) menampan rejaman pemain Indonesia.
AKSI pemain sepak takraw negara Muhammad Norhaffizi Abd Razak (kanan) menampan rejaman pemain Indonesia.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia