Harian Metro

Lari tinggal motosikal curi

- Ekhwan Haque Fazlul Haque cnews@nstp.com.my

Cuba guna ‘laluan tikus’ di sempadan negara untuk menyeludup keluar motosikal dicuri di negara ini.

Tindakan dua lelaki warga Indonesia itu bagaimanap­un digagalkan anggota Rejimen Ke 4 Kor Armor Diraja (KAD) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, kedua-dua suspek yang menaiki motosikal Yamaha LC135 dikesan dalam keadaan mencurigak­an di Ladang Kelapa Sawit Jagoi, Duyoh di sini, berdekatan sempadan Indonesia.

Jurucakap Divisyen Pertama Infantri Malaysia berkata, sepasukan pegawai dan anggota Rejimen Ke 4 KAD ATM kemudian membuat kepungan untuk menahan suspek.

Katanya, menyedari hasrat mereka tergendala, dua lelaki terbabit kemudian nekad melompat dari motosikal sebelum menyusup ke ladang sawit untuk meloloskan diri.

“Suspek berjaya meloloskan diri, namun motosikal yang ditunggang­i mereka dirampas anggota tentera kerana dipercayai mahu diseludup keluar dari negara ini.

“Motosikal berkenaan juga tidak mempunyai sebarang dokumen seperti cukai jalan dan dipercayai dicuri di sekitar daerah ini sebelum diseludup,” katanya.

Beliau berkata, motosikal berkenaan kemudianny­a dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau untuk tindakan lanjut dan pemeriksaa­n mengesahka­n kenderaan itu mempunyai rekod hilang.

Katanya, pasukan tentera terus meningkatk­an kawalan di kawasan sempadan, khususnya di laluan ladang kelapa sawit yang sering menjadi pilihan penyeludup untuk membawa keluar barangan dari negara ini.

“Penduduk kampung berhampira­n sempadan juga digesa untuk menyalurka­n maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengetahui sebarang aktiviti penyeludup­an di kawasan mereka untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

„ 2 lelaki kantoi guna laluan tikus seludup barang

 ??  ?? ANGGOTA Regimen Ke 4 KAD Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menunjukka­n motosikal Yamaha LC135 yang cuba diseludup di laluan tikus di Ladang Kelapa Sawit Jagoi, Duyoh, Serikin.
ANGGOTA Regimen Ke 4 KAD Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menunjukka­n motosikal Yamaha LC135 yang cuba diseludup di laluan tikus di Ladang Kelapa Sawit Jagoi, Duyoh, Serikin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia