Harian Metro

ANDAI TAKDIR ‘MENJEMPUT’

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

“Mama, tidak payah lagilah berubat, cukuplah. Selepas ini, Mama pergi tabur bunga saja. Saya sudah nekad tidak akan meneruskan rawatan lagi. Saya tidak ingin jejak lagi ke hospital atau makan apa-apa ubat.

“Andainya saya memilih untuk menyambung rawatan, Mama dan Abah akan menanggung beban kewangan yang banyak.

“Kepada semua yang mengenali saya, mohon ampunkan segala salah silap saya. Saya mohon halalkan makan minum saya. Doakanlah saya kuat untuk menanggung segalanya ini. Yang sihat tubuh badan di luar sana, hargailah nikmat kesihatan yang Allah bagi,” kata Muhammad Afiq Muhammad Shukri, 17, remaja tabah yang menghidap kanser tulang di kaki kiri sejak empat tahun lalu.

Dia yang sudah menjalani lebih 30 pembedahan di kaki kiri sanggup berkorban dengan tidak lagi menjalani rawatan demi untuk menjimatka­n kos memandangk­an kedua-dua ibu bapanya sudah berhabis kira-kira RM100,000 bagi menampung kos rawatannya.

Katanya, dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk berkongsi apa yang terbuku di hatinya kerana selepas menjalani pembedahan demi pembedahan selain puluhan ujian doktor, dia reda andai itu takdir hidupnya kerana keluargany­a sudah melakukan segala-galanya.

“Tiada apa yang hendak dikesalkan lagi kerana selama 17 tahun menjadi anak Mama dan Abah, saya diberi sepenuh kasih sayang oleh mereka.

“Sakit itu penghapus dosa, saya juga berharap Allah akan ampun semua dosa saya selama ini. Sampai satu saat,

„ Pesakit kanser tulang reda ketentuan Ilahi selepas ibu bapa berhabis RM100,000 untuk kos rawatan Kami tidak akan berputus asa untuk mencuba memberikan yang terbaik. Saya sendiri menemani Muhammad Afiq di wad selama lapan bulan dan melihat bagaimana peritnya dia melalui semua ini

Zulwarni

saya rasa bersalah pada adik-adik.

“Duit yang sepatutnya digunakan untuk membeli keperluan mereka, semuanya dihabiskan untuk kaki saya. Terasa sangat saya seolah-olah mengambil hak adik-adik, jadi biarlah duit yang ada digunakan untuk mereka,” kata anak sulung daripada empat beradik itu.

Detik hitam hidupnya bermula apabila disahkan menghidap kanser tulang selepas mengadu sakit ketika sedang berlatih dalam acara larian di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gambir, Pulau Pinang pada 2014.

Pada awalnya, doktor mengesahka­n dia hanya mengalami retak tulang kaki dan menjalani rawatan lanjut di hospital sebelum disahkan kanser.

Menurutnya, selepas keadaan kakinya tidak berubah, keluargany­a memutuskan untuk menjalani imbasan di hospital swasta sehinggala­h terpaksa memasukkan besi di kaki untuk menggantik­an tulang yang dijangkiti kuman.

“Saya sendiri buat keputusan membuang tulang kaki yang kena kanser dan digantikan dengan besi.

“Saya sangka selepas digantikan dengan besi, saya

Kepada semua yang mengenali saya, mohon ampunkan segala salah silap saya. Saya mohon halalkan makan minum saya. Doakanlah saya kuat untuk menanggung segalanya ini. Yang sihat tubuh badan di luar sana, hargailah nikmat kesihatan yang Allah bagi

Muhammad Afiq

tidak akan sakit lagi. Tetapi saya silap. Kemudian saya membuat keputusan potong kaki kiri yang dipasang besi itu pada 11 Julai lalu selepas dua tahun menderita sakit akibat jangkitan kuman.

“Saya akhirnya memilih untuk potong kaki kiri kerana tidak sanggup menanggung kesakitan dan tekanan perasaan melihat susah payah Mama dan Abah mengusung saya ke hospital untuk rawatan kaki,” katanya yang menjalani pembedahan membuang bahagian kakinya yang rosak di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang, kelmarin.

Muhammad Afiq berkata, sebagai anak sulung, dia tidak sampai hati melihat satu demi satu gelang ibunya hilang dari lengan dan dia tahu semuanya sudah digadai untuk tujuan rawatan kakinya.

“Saya tidak pernah tanya tetapi saya rasa saya tahu ke mana perginya semua itu.

“Ketika kawan-kawan Mama bersenang berehat di rumah dengan anak-anak, Mama pula terpaksa berdiri di tengah panas dan hujan menjual apam balik.

“Walaupun terpaksa menggunaka­n kaki palsu, saya rancang untuk sambung belajar dan balas jasa Mama walaupun tidak lagi normal seperti dulu,” katanya yang tidak dapat hadir ke sekolah sejak setahun lalu.

Sementara itu, ibunya, Zulwarni Lailee, 36, berkata, walaupun pendapatan­nya tidak seberapa dengan menjual apam balik manakala suaminya sebagai kontraktor pemasangan televisyen, mereka tetap berusaha untuk mengubati penyakit Afiq.

Katanya, mereka juga dibantu aktivis masyarakat, Natipah Abu yang berkongsi kisah Muhammad Afiq di media sosial untuk mengumpul dana selain bantuan daripada saudara terdekat yang bersimpati dengan nasib menimpanya.

Keluarga itu juga mengaktifk­an akaun memohon sumbangan daripada orang ramai yang ingin membantu menerusi akaun Maybank milik Zulwarni, 1571397942­75.

“Kami tidak akan berputus asa untuk mencuba memberikan yang terbaik. Saya sendiri menemani Muhammad Afiq di wad selama lapan bulan dan melihat bagaimana peritnya dia melalui semua ini.

“Suami saya juga sudah mengeluark­an semua wang simpananny­a untuk membiayai kos perubatan.

“Setiap hari luka di kakinya perlu dicuci dengan kos RM200. Hasil jualan apam balik itu saya gunakan untuk bayar kos terbabit. Baru-baru ini, doktor sarankan supaya kami cuci sendiri dan kosnya lebih murah,” katanya.

Zulwarni berkata, dia tidak putus-putus berdoa supaya Muhammad Afiq segera sembuh serta dapat menikmati usia remajanya untuk meneruskan cita-cita menjadi atlet pemanah.

“Dia juga sangat tabah dengan ujian terhadap dirinya dan saya mohon kepada semua pembaca Harian Metro, doakanlah dia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ZULWARNI dan suami berusaha demi memastikan Muhammad Afiq dapat menikmati usia remaja.
ZULWARNI dan suami berusaha demi memastikan Muhammad Afiq dapat menikmati usia remaja.
 ??  ??
 ??  ?? JURURAWAT melihat keadaan kaki kiri Muhammad Afiq ketika menerima rawatan.
JURURAWAT melihat keadaan kaki kiri Muhammad Afiq ketika menerima rawatan.
 ??  ?? MUHAMMAD Afiq pilih untuk memotong kaki kirinya selepas tidak tahan tanggung sakit.
MUHAMMAD Afiq pilih untuk memotong kaki kirinya selepas tidak tahan tanggung sakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia