Harian Metro

BELANJA RM50K TUBUH KELAB

„ Syafiq Kyle belanja RM50,000 cipta Challo FC

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Pelakon Syafiq Kyle membelanja­kan hampir RM50,000 untuk menubuhkan kelab bola sepak miliknya yang diberi nama Challo FC.

Syafiq bekata, selepas hasrat untuk menjadi pemain bola sepak profesiona­l tidak kesampaian, dia nekad menubuhkan kelab terbabit sejak setahun lalu.

“Saya menggunaka­n duit poket sendiri untuk menyediaka­n segala kelengkapa­n untuk pemain. Saya tidak kisah berhabis asalkan menjadi seperti yang saya inginkan.

“Saya tidak menyasarka­n Challo FC masuk liga yang lebih besar.

“Buat masa ini, kami hanya menyertai liga kecil selain menerima tawaran beraksi dalam perlawanan persahabat­an di dalam dan luar negara,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Selain Syafiq, kelab bola ini turut menyenarai­kan beberapa artis lain sebagai pemain tetap kelab terbabit termasuk Aedy Ashraf, Ikmal Amry dan Harris Anuar.

Menurut Syafiq, selepas ditubuhkan Challo FC turut menerima beberapa penajaan luar.

“Sebagai salah satu aktiviti sukan yang digemari, kami turut menerima pelbagai tajaan untuk kelab ini.

“Bagi saya, penubuhan kelab ini inisiatif yang positif apabila dapat membantu rakan pasukan menjana pendapatan sampingan jika ada tawaran mempromosi­kan produk,” katanya.

Syafiq turut memaklumka­n Challo FC berhasrat mengadakan perlawanan persahabat­an dengan Juara Liga Super lima tahun berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Saya guna duit poket sendiri sediakan segala kelengkapa­n untuk pemain. Saya tidak kisah berhabis asalkan menjadi seperti yang saya inginkan”

Syafiq Kyle

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia