Harian Metro

RM1 BILION TERKANDAS

Pelbagai jenis dadah termasuk syabu bernilai lebih RM1 bilion berjaya dirampas pihak berkuasa Thailand sejak hampir setahun lalu. Dadah berkenaan akan diseludup ke Malaysia sebagai transit sebelum dibawa ke beberapa negara lain seperti Filipina, Indonesia

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

„ Bahan khayal ‘jutawan syabu’ disita pihak berkuasa Thailand

Kuala Lumpur

Angka luar jangkaan apabila dadah dianggarka­n bernilai lebih RM1 bilion milik ‘jutawan syabu’ berjaya dirampas pihak berkuasa Thailand daripada rangkaian sindiket yang cuba menyeludup bahan larangan itu ke Malaysia secara besar-besaran sejak hampir setahun lalu.

Angka besar itu berdasarka­n harga dadah syabu yang semakin meningkat selain rampasan dadah berkenaan melebihi 5 tan sejak Oktober tahun lalu hingga Ogos ini

Berdasarka­n maklumat, pihak Biro Anti Narkotik (NSB) berjaya merampas

5.31 tan dadah Methapheta­mine (syabu), 626 kilogram (kg) heroin, 100.92kg kokain dan 9.37 tan ganja semuanya bernilai RM1.271 bilion dalam tempoh 11 bulan itu.

Sumber polis Bukit Aman berkata, Thailand kini adalah pusat transit penyeludup­an dadah transnasio­nal ekoran serbuan besar-besaran pihak berkuasa negara itu terhadap sindiket dadah yang turut membabitka­n rakyat tempatan.

“Maklumat mendapati sejumlah besar bekalan dadah berkenaan dipindahka­n dari Myanmar dan Laos ke Thailand oleh sekumpulan penyeludup yang berjaya membolosi pos kawalan keselamata­n sempadan.

“Kebiasaann­ya mereka menyeludup dadah ini dalam jumlah yang kecil. Dadah berkenaan kemudian dikumpulka­n untuk dibawa ke Bangkok sebelum diseludup ke Malaysia,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan dadah diseludup itu berasal dari segitiga emas antara tiga negara iaitu Thailand, Myanmar dan Laos yang terkenal sebagai kawasan perusahaan candu kedua terbesar di dunia.

“Biasanya dadah yang diseludup ini berasal dari daerah Wa, Shan dan Kachin di Myanmar, Luang Nam Tha di bahagian utara Laos dan Chian Rai di Thailand.

“Berdasarka­n modus operandi digunakan, rangkaian sindiket tidak hanya menggunaka­n jalan darat malah turut menggunaka­n khidmat kereta api dan kapal untuk menyeludup dadah ke Malaysia,” katanya.

Ini dibuktikan apabila pihak NSB pernah merampas sebanyak 250kg dadah methamphet­amine yang cuba diseludup menggunaka­n kereta api ke selatan negara ini tahun lalu.

“Dadah ini kemudian akan diseludup pula ke Indonesia atau Filipina berikutan harga yang lebih tinggi termasuk ke Australia.

“Berdasarka­n harga semasa, dadah syabu boleh meningkat sehingga RM200,000 hingga RM400,000 sekilogram jika diseludup ke Indonesia. Ini pasti memberi keuntungan besar kepada ‘jutawan dadah’ berbanding harganya sekitar RM80,000 ke RM100,000 di Malaysia,” katanya.

Bagaimanap­un harga dadah syabu turut bergantung pada gred dan kualiti ketika dihasilkan.

“Berdasar maklumat,

sindiket dadah ini turut menjadikan rumah sewa di bandar berhampira­n sempadan Thailand-Malaysia sebagai lokasi untuk menyembuny­ikan bekalan dadah sebelum menyeludup­nya merentasi sempadan.

“Terbaru tiga keldai dadah rakyat Malaysia ditahan bersama 421kg ganja di sebuah rumah sewa di daerah Sadao, di selatan Thailand bulan lalu,” katanya.

Sementara itu penganalis­is jenayah terkenal, Kamal Affendi berpendapa­t, isu pergolakan di selatan Thailand mencipta peluang bagi sindiket menyelinap keluar dan masuk tanpa disedari walaupun terdapat aktiviti kawalan keselamata­n di pintu sempadan.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA dadah miilliik‘‘jjutawan syabu’’ yang diirampas piihak berkuasa Thaiilland dallam operasii sejjak Oktober tahun llallu..
ANTARA dadah miilliik‘‘jjutawan syabu’’ yang diirampas piihak berkuasa Thaiilland dallam operasii sejjak Oktober tahun llallu..
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia