Harian Metro

Ibu, kakak dah tiada...

- Ramli Ibrahim cnews@nstp.com.my

“Saya tidur di tempat duduk penumpang belakang dan apabila sedar, saya berada dalam ambulans dan tangan sakit.

“Kemudian saya dimaklumka­n ibu dan kakak sudah tiada. Mereka meninggal dunia ketika dirawat,” kata Nur Farrah Ezlyn, 22, mangsa yang cedera dalam kemalangan yang meragut dua nyawa di Kilometer 31, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.40 pagi itu, ibu Nur Farrah, Maslan Hassan, 55, dan kakaknya Nur Fashiera Mohammad Rusdi, 25, maut manakala seorang lagi cedera parah Muhammad Faiziel, 27.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi dipandu Muhammad Faiziel hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung menyebabka­n ibu dan adiknya tercampak keluar.

Nur Farrah Ezlyn ketika ditemui di Hospital Gua Musang (HGM) berkata, mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Damansara, Kuala Lumpur untuk pulang menyambut Aidiladha di Kampung Rekang Hilir, Bachok.

Katanya, Muhammad Faiziel cedera parah dirujuk ke Hospital Kuala Krai (HKK), manakala dia patah tangan masih dirawat di HGM.

“Kami keluar lewat semalam kerana menunggu arwah kakak (Nur Fashiera) yang habis kerja lewat. Dia kerja di sebuah butik.

“Saya tidak sangka kejadian ini berlaku kerana ketika itu saya tidur di tempat duduk penumpang belakang dan apabila sedar, saya berada dalam ambulans dan tangan sakit.

“Kemudian saya dimaklumka­n ibu dan kakak sudah tiada. Mereka meninggal dunia ketika dirawat,” katanya ketika ditemui di HGM di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superinten­dan Mohd Taufik Maidin ketika dihubung mengesahka­n kejadian berkenaan.

Mayat mangsa dihantar ke HGM untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

„ Dua maut tercampak, dua cedera selepas kereta terbabas masuk gaung

 ??  ?? DUA beranak maut selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 31, Jalan Gua Musang-Kuala Krai. NUR Farrah patah tangan dan menerima rawatan di Hospital Gua Musang.
DUA beranak maut selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 31, Jalan Gua Musang-Kuala Krai. NUR Farrah patah tangan dan menerima rawatan di Hospital Gua Musang.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia