Harian Metro

ABPBH kekal relevan guna platform digital

-

Kuala Lumpur: Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) kembali untuk edisi ke-31 dan kali ini pihak penganjur mahu ia kekal relevan dengan mengoptimu­mkan pergantung­an dan penggunaan platform digital sesuai dengan perkembang­an semasa.

Pengerusi Jawatankua­sa ABPBH 31 merangkap Pengarang Berita Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir berkata, langkah drastik itu adalah bagi memastikan capaiannya kepada kumpulan sasar.

“Proses undian yang dilakukan sepenuhnya melalui laman web www.abpbh.com.my serta perkongsia­n maklumat dengan kumpulan sasar melalui laman sosial menjadi antara langkah drastik diambil bagi memastikan capaian tinggi untuk penganjura­n ABPBH kali ini,” katanya kepada Harian Metro.

Shamshul Azree berkata, menjadi matlamat ABPBH dalam setiap penganjura­nnya untuk menyelitka­n mesej berguna dalam tema diangkat pada tahun ini iaitu Infiniti.

Tambahnya lagi, tema itu menepati objektif dan sasaran BH untuk memastikan legasi acara anugerah itu terus terus terpelihar­a dan lebih gemilang setiap tahun.

Pengarang Eksekutif BH yang juga Penaung ABPBH 31, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an menyifatka­n pemilihan tema Infiniti pada penganjura­n ABPBH kali ini menepati rekod cemerlang BH sejak 61 tahun lalu.

“Diharapkan, tema Infiniti yang akan diserap dalam semua aktiviti, promosi dan publisiti ABPBH31 dapat membuka minda setiap daripada kita dalam mencari kecemerlan­gan tanpa batasan, baik dalam aspek berkarya, kerjaya dan komersial,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia