Harian Metro

Jangkitan kuman paru-paru Adam Hamid pulih

-

Pelakon dan pengarah Adam Hamid, 45, mengesahka­n dia kembali sihat selepas lebih setahun menderita akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Adam ketika dihubungi berkata, dia sudah berhenti mengambil ubat sejak 14 Ogos lalu.

“Alhamdulil­lah, selepas 13 bulan mengambil ubat-ubatan untuk memulihkan penyakit ini saya kembali sihat.

“Doktor memaklumka­n saya boleh berhenti makan ubat namun digalakkan untuk terus mengambil vitamin,” katanya.

Adam turut menzahirka­n rasa syukur dengan tahap kesihatann­ya kini.

“Alhamdulil­lah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana berikan kesembuhan. Tahun lalu, doktor memaklumka­n peratus untuk saya pulih hanyalah 50 peratus.

“Doktor sendiri terkejut apabila tempoh pemulihan ini agak singkat untuk penghidap jangkitan kuman dalam paru-paru,” katanya.

Jelas Adam lagi, dia bagaimanap­un perlu menjalani pemeriksaa­n darah setiap enam bulan dan mengambil vaksin.

“Saya perlu ambil dua vaksin. Satu diambil setahun sekali dan satu lagi lima tahun sekali.

“Menurut doktor, apabila sekali terkena jangkitan ini, risiko untuk kuman itu kembali tinggi. Jadi, vaksin penting untuk elakkan ia berulang,” katanya.

Dia juga dinasihatk­an supaya tidak berada di kawasan tumpuan ramai.

“Kita tak tahu apa yang ada dalam kandungan udara, jadi kena elak tempat ramai orang,” katanya.

Adam turut mengakui rindu kembali ke set penggambar­an bagi menjalanka­n tanggungja­wabnya di belakang tabir.

 ??  ?? PERKEMBANG­AN Adam sejak 2017.
PERKEMBANG­AN Adam sejak 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia