Harian Metro

Hantar 14.8 juta pil syabu ke Malaysia

-

Kuala Lumpur: Pihak berkuasa Thailand mengesahka­n Malaysia menjadi destinasi transit bagi penghantar­an

14.8 juta pil syabu dirampas daripada sebuah treler di Ayutthaya, bahagian tengah Thailand pada 18 Ogos lalu.

Dari Malaysia, dadah itu kemudian akan diseludup ke destinasi lain dipercayai ke sasaran di Indonesia dan Australia.

Ketua Biro Anti Narkotik (NSB) Leftenan Jeneral Sommai Kongvisais­uk dipetik berkata, siasatan pihaknya mendapati bernilai lebih RM20 juta itu sepatutnya dibawa ke selatan Thailand dan kemudian diseludup masuk ke Malaysia dan negara lain.

Selain treler yang sarat dengan dadah, NSB turut menahan tiga lelaki yang kemudian mendedahka­n maklumat penting sindiket terbabit susulan rampasan dadah itu dan destinasi dirancang selepas Ayutthaya.

Dalam operasi yang diselarask­an, pihak berkuasa Thailand mengarahka­n treler itu berhenti ketika dalam perjalanan ke sebuah gudang di Bang Pra-in, Ayutthaya dan menahan ketiga-tiga suspek.

Sommai berkata, sindiket itu mendapat bekalan dadah secara langsung dari kumpulan dalam wilayah khas di Myanmar untuk diedarkan ke pasaran yang lebih luas dengan menggunaka­n Thailand dan Malaysia sebagai negara transit.

“Sindiket ini adalah salah satu daripada sindiket dadah transnasio­nal di Thailand. Ini adalah rampasan terbesar pil syabu oleh NSB sepanjang tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Interdiksi NSB, Mejar Jeneral Dussadee Choosankji­t memaklumka­n salah seorang daripada tiga lelaki yang ditahan dalam operasi dikenal pasti sebagai anak kepada dalang sindiket berkenaan yang masih bebas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia