Harian Metro

PULAU PINANG TRANSIT DADAH

- Muhammad Yusri Muzamir cnews@nstp.com.my

„ Polis tumpas aktiviti seludup bahan terlarang bernilai RM26.1 juta

Georgetown

Pulau Pinang dipercayai menjadi negeri transit bagi aktiviti penyeludup­an dan pengedaran dadah berikutan kejayaan polis menumpaska­n sindiket itu dengan rampasan terbesar tahun ini melebihi setengah tan bernilai RM26.1 juta di sini, Selasa lalu.

Dadah terbabit ditemukan hasil serbuan pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Negeri, Sekretaria­t Nukleus Narkotik (SNN), Biro Supression Narkotik Polis Diraja Thailand (RTP) dan Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik Thailand (ONCB).

Timbalan Pengarah JSJN Datuk Kang Chez Chiang berkata, dalam serbuan jam 6.15 petang itu, pemeriksaa­n polis menemukan 506 kilogram (kg) syabu dan 26,000 pil ekstasi di enam lokasi berasingan di Pulau Pinang yang dijadikan stor simpanan bahan larangan itu.

Selain itu, katanya, seramai empat lelaki berusia antara 35 hingga 59 tahun yang memiliki pelbagai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah turut diberkas, selepas dipercayai menganggot­ai sindiket itu.

“Kami menemui 473 bungkusan teh Cina dipercayai mengandung­i dadah jenis syabu seberat 506kg, manakala 13 bungkusan lain mengandung­i 26,000 pil ekstasi, dipercayai dibawa masuk dari negara segi tiga emas menggunaka­n laluan di Thailand ke Malaysia.

“Melalui penemuan ini, kami percaya Pulau Pinang menjadi negeri transit bagi aktiviti penyeludup­an dan pengedaran dadah, sebelum ia dijual bagi pasaran tempatan serta dieksport untuk pasaran antarabang­sa.

“Selain dieksport ke negara jiran, kami difahamkan mereka turut mengedar ke negara lain dipercayai di Australia, New Zealand dan Filipina. Mereka juga mungkin ada pasaran di Jepun, Taiwan,

Indonesia dan Korea,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pulau Pinang, semalam.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Taktikal dan Risikan Nakotik (STING) Bukit Aman Datuk Arjunaidi Mohamed dan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Roslee Chik.

Mengulas lanjut, Kang berkata, dadah itu dipercayai dihantar melalui pos, kurier tempatan dan antarabang­sa atau kargo, melalui jalan udara, darat dan air.

“Ini adalah rampasan terbesar JSJN bagi tahun ini,” katanya

Berkenaan serbuan itu, katanya, tiga suspek ditahan di dalam kereta di Bayan

Baru di sini dengan dua daripada mereka positif dadah, selain turut menemui 159 bungkusan dadah bersama mereka.

Katanya, pihaknya turut menyita pelbagai barangan peribadi milik suspek, dianggarka­n bernilai RM147,000, membabitka­n tiga kenderaan jenis Volkswagen, PROTON Wira dan Waja, barangan kemas dan seutas jam tangan.

“Suspek keempat juga ditahan di dalam kenderaann­ya di Jalan Lengkok Perak di sini dan ujian saringan air kencing mendapati negatif.

“Kami juga berjaya menyerbu dua stor dadah, susulan tangkapan semua suspek terbabit.

“Kami kemudian menemui 18 bungkus syabu dan pil ecstasy (13 bungkus) di sebuah rumah teres di Taman Island Glades, Gelugor manakala syabu (296 bungkus) di sebuah rumah lain di kawasan sama dan gagal menemui sebarang dadah di dua lokasi lagi,” katanya.

Beliau berkata, susulan tangkapan itu, semua suspek yang dipercayai broker dadah, direman enam hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952, selain masih memburu ahli sindiket lain.

 ??  ?? SEBAHAGIAN rampasan dadah jenis syabu dan pil ekstasi bernilai RM26.1 juta pada sidang media
di IPK Pulau Pinang.
SEBAHAGIAN rampasan dadah jenis syabu dan pil ekstasi bernilai RM26.1 juta pada sidang media di IPK Pulau Pinang.
 ??  ??
 ?? Kang Chez Chiang ?? Selain dieksport ke negara jiran, difahamkan mereka turut mengedar ke negara lain dipercayai di Australia, New
Zealand dan
Filipina”
Kang Chez Chiang Selain dieksport ke negara jiran, difahamkan mereka turut mengedar ke negara lain dipercayai di Australia, New Zealand dan Filipina”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia