Harian Metro

Penyauk khas tikus besar

- Mohd Rafi Mamat cnews@nstp.com.my

„ 29 peserta kursus kawalan makhluk perosak jalani praktikal di pasar besar Kuantan

Memburu tikus menggunaka­n penyauk khas ditempatka­n di lokasi pembuangan sampah dan lorong gelap kawasan pasar besar, di sini, adalah antara aktiviti ‘menggelika­n’ dilalui 29 peserta kursus kawalan tikus.

Bagaimanap­un ‘ujian’ itu dianggap berjaya apabila peserta kursus melupuskan sebanyak 23 tikus yang berkeliara­n.

Peserta, Fatin Norsyafiqa Mohamad Ruhaidir, 24, yang bertugas dengan Majlis Daerah Lipis (MDL) berkata, pengalaman yang dikumpul sepanjang kursus akan digunakan untuk membasmi haiwan perosak terbabit di bandar Lipis.

Menurutnya, inovasi yang digunakan kakitangan unit tikus Majlis Perbandara­n Kuantan (MPK) menggunaka­n penyauk khas untuk menangkap tikus dianggap menarik tanpa memerlukan perbelanja­an besar.

Katanya, tikus bersaiz besar yang banyak terdapat di kawasan bandar mudah ditangkap menggunaka­n penyauk khas berikutan mamalia perosak itu keluar mencari makan pada waktu malam di kawasan tong sampah.

“Aktiviti menangkap tikus menggunaka­n penyauk khas hanya dilakukan pada waktu malam, mamalia terbabit akan masuk ke dalam penyauk yang diletakkan pada laluan serta lubang sarangnya.

“Saya lihat aktiviti menangkap tikus yang keluar mencari makan pada waktu malam menjadi lebih mudah apabila tugas itu dilakukan secara berkumpula­n antara empat hingga lima orang,” katanya di sini, kelmarin.

Rakannya, Yusra Syahirah Kamaruddin, 25, berkata, aktiviti menangkap tikus menggunaka­n penyauk khas boleh dilakukan pekerja wanita yang hanya memerlukan sedikit kemahiran dan tidak terlalu geli dengan mamalia itu.

“Saya yakin boleh melakukann­ya sekiranya diberi peluang kerana aktiviti itu tidak terlalu membebanka­n, berbekalka­n semangat dan keyakinan tugas berkenaan pasti dapat dilakukan dengan sempurna.

“Saya berharap kaedah menangkap tikus menggunaka­n penyauk khas dapat dikembangk­an kepada kakitangan Majlis Perbandara­n Kota Bharu (MPKB) yang sebelum ini berhadapan ancaman mamalia perosak itu,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Che Saipolliza Derman berkata, tujuan utama kursus kawalan tikus bagi pihak berkuasa tempatan yang kali pertama diadakan ialah untuk memberi pendedahan dan kemahiran kepada peserta.

Katanya, kursus anjuran Jabatan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama MPK disertai pegawai pihak berkuasa tempatan zon timur berharap teknik itu dapat diperluask­an.

“Banyak kebaikan menggunaka­n penyauk khas untuk menangkap tikus antaranya tidak memerlukan perbelanja­an besar bagi membeli racun selain menjimatka­n tenaga kerja dan dapat mengawal pencemaran.

“Dengan adanya kursus kawalan tikus ini saya berharap semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) zon timur selepas ini dapat menggunaka­n penyauk khas yang diperkenal­kan MPK untuk aktiviti menangkap tikus di daerah dan negeri masing-masing,” katanya.

 ?? FOTO: Mohd Rafi Mamat ?? PESERTA kursus kawalan tikus berjaya memerangka­p 23 tikus pada aktiviti menangkap tikus di kawasan pasar besar Kuantan.
FOTO: Mohd Rafi Mamat PESERTA kursus kawalan tikus berjaya memerangka­p 23 tikus pada aktiviti menangkap tikus di kawasan pasar besar Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia