Harian Metro

Maut terpijak dasar curam

- Nor Azizah Mokhtar cnews@nstp.com.my

„ Pelajar tahfiz lemas ketika berenang bersama guru, dua rakan di bekas lombong

Sempat dilihat berenang sebelum tenggelam mendadak ketika mandi Tasik Biru Kundang, Jalan Kundang di sini.

Itu nasib malang menimpa seorang pelajar tahfiz berusia 15 tahun yang lemas ketika mandi bersama rakan dan gurunya di tasik itu sekitar jam 7 malam kelmarin.

Bomba yang menerima panggilan kecemasan itu jam 7.34 malam kelmarin, menggerakk­an pasukan 15 anggota dan pegawainya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang ke lokasi untuk usaha mencari dan menyelamat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang, Yazli Yahya berkata, mangsa, Mohd Akmal Hakim Yazid, berasal dari Pasir Gudang, Johor, dipercayai pergi ke tasik itu untuk mandi bersama seorang guru dan dua lagi rakan jam 7 malam.

“Mangsa adalah pelajar di Tahfiz Darul Ulama yang berhampira­n dengan tasik itu. Ketika kejadian, dia dikatakan berenang bersama seorang guru serta dua rakannya.

“Mangsa dipercayai berenang sebelum cuba memijak dasar tasik namun kawasan itu mempunyai curam yang dalam memandangk­an bekas lombong. Seorang daripada rakannya sempat melihat mangsa tenggelam,” katanya.

Menurut Yazli, guru mangsa cuba mencarinya dengan menyelam ke dasar tasik namun tidak berjaya sebelum menghubung­i talian kecemasan.

“Operasi pencarian pada mulanya berhadapan sedikit kesukaran kerana cuaca ketika itu hujan lebat, namun kami meneruskan pencarian di permukaan air dan menyelam.

“Mayat mangsa ditemui di dasar tasik sedalam 3.5 meter, 100 meter dari tebing tasik jam 9.50 malam kelmarin,” katanya.

Tambah beliau, mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba menemui mangsa yang lemas di Tasik Biru, Kundang, Selangor.
ANGGOTA bomba menemui mangsa yang lemas di Tasik Biru, Kundang, Selangor.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia