Harian Metro

Hilang nyawa intai wanita

- Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

„ Warga Indonesia maut selepas 12 hari dirawat akibat dibelasah orang kampung

Intai wanita jadi punca nyawa melayang. Itu nasib dialami seorang lelaki warga Indonesia yang koma sejak 11 Ogos lalu dipercayai akibat dipukul orang awam selepas disyaki mengintai di Kampung Orang Asli Baru, Sungai Lalang di sini.

Mangsa bagaimanap­un disahkan meninggal dunia pada jam 9.45 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, lelaki itu meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Kajang akibat kecederaan parah di kepala.

“Kejadian dilaporkan berlaku pada 11 Ogos lalu apabila si mati dimasukkan ke hospital selepas koma dipercayai akibat dipukul.

“Hasil siasatan, kejadian bermula apabila perbuatan si mati memasuki Polis mencari dua individu bagi membantu siasatan kes samun dan pecah masuk premis perniagaan didalangi kumpulan dikenali sebagai

Geng Shutter yang aktif melakukan jenayah itu di sekitar daerah ini sejak

Jun lalu.

Kedua-dua lelaki berusia 23 tahun itu dikenali sebagai B Deevraj dan Sasi yang berasal dari Teluk Panglima Garang, Banting. sebuah rumah di kampung berkenaan disyaki untuk mengintai disedari salah seorang jiran.

“Dia kemudian cuba melarikan diri namun gagal dan ditangkap oleh penduduk kampung dan berlaku pergelutan.

“Namun, selepas 12 hari dirawat di Hospital Kajang, dia meninggal dunia dan hasil bedah siasat semalam mengesahka­n punca kematianny­a adalah kecederaan teruk di kepala akibat hentakan benda tumpul dan beberapa kecederaan dalaman,” katanya semalam.

Dzaffir berkata, susulan itu seorang lelaki berumur 20-an ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, suspek direman sehingga Rabu depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, pakar kriminolog­i bebas, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim berkata, orang ramai seharusnya sedar setiap perlakuan jenayah perlu diadili oleh undang-undang, bukannya dengan tangan sendiri.

“Mereka yang terbabit menyaksika­n jenayah, boleh membantu untuk menahan, tetapi setakat itu sahajalah, siapakah kita untuk memutuskan tindakan selanjutny­a kepada suspek?

“Ia berkait rapat dengan kawalan diri, jika tidak mampu mengawal diri kejadian seumpama ini boleh berlaku, walaupun ada bukti kukuh mengenai jenayah, biarkan mahkamah yang mengadili mereka.

“Lebih malang, apabila jenayah yang berlaku itu adalah kes kecil, dengan hukuman yang tidak berat, tetapi disebabkan hilang kawalan diri memukul hingga mati, kita akan berdepan Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang pasti membawa hukuman yang berat,” katanya.

Tambah Shahul, kepada orang ramai yang menyaksika­n tindakan memukul suspek yang ditahan ini, mereka perlu tampil menghalang perbuatan itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia