Harian Metro

Memanfaatk­an hikmah ibadah

-

Ibadah korban hanya dilakukan pada hari raya korban atau Aidiladha . Ibadat korban ini dilakukan di mana saja di negara ini terutama di masjid dan surau malah dalam kalangan masyarakat di kampung dengan menyembeli­h lembu, kambing dan sebagainya.

Antara sebab pensyariat­an ibadah korban terhadap umat Islam bagi mengingati dan menghayati pengorbana­n yang dilakukan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail AS. Bagi yang menunaikan ibadat haji dapat menampung kekurangan ibadat haji disebabkan terlupa atau tertinggal melakukan amalan haji seperti perkara wajib haji.

Kemeriahan ibadah korban ini amat dirasakan di kawasan pedalaman iaitu di kampung yang melaksanak­an ibadah ini secara bersama ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat setempat dengan bergotong-royong melapah daging dan memasaknya. Jelaslah ibadah korban adalah amalan mulia.

Lantaran itu, daging korban seperti kerbau, lembu boleh dibahagi kepada tujuh bahagian. Manakala daging korban kambing, biri-biri dan kibas hanya untuk satu bahagian. Maksudnya, seekor kambing, biri-biri dan kibas hanya untuk seorang saja yang boleh diniatkan korban. Manakala unta, kerbau, lembu dan sapi pula boleh dikongsi untuk tujuh orang.

Korban adalah menyembeli­h binatang ternakan tertentu (al-An’am) yang dilakukan pada waktu tertentu dengan tujuan beribadat kepada Allah SWT. Masa yang dibolehkan melakukan penyembeli­han korban ialah bermula pada Aidiladha dan hari Tasyrik dengan tujuan untuk beribadat dan menghampir­kan diri kepada Allah SWT.

Dalil korban adalah berdasarka­n firman Allah SWT dalam surah al-Kauthsar, ayat 2 yang bermaksud: “Maka laksanakan solat kerana Tuhanmu dan berkorbanl­ah (sebagai ibadah) dan mendekatka­n diri kepada Allah).”

Hukum melakukan korban adalah sunat muakkad bagi orang Islam bagi orang Islam yang mampu dan wajib bagi yang bernazar. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menggalakk­an umat Islam melakukan ibadat korban dengan mengadakan kempen dan penerangan tentang kelebihan ibadat korban.

Antara hikmah korban adalah mengingati peristiwa yang dilakukan Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat, lalu dia melaksanak­annya dengan sempurna.” (Surah Al-Baqarah: 124).

Melalui ibadah korban akan menimbulka­n rasa kesyukuran dan keinsafan atas nikmat yang dikurniaka­n Allah SWT kepada hamba-Nya. Justeru, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Laksanakan segala apa yang diwajibkan oleh Allah, nescaya kamu menjadi orang yang paling bertakwa.” (HR Ath Thabrani)

Terdapat beberapa hikmah lain antaranya memberikan peluang kepada kalangan fakir dan miskin untuk merasai daging korban. Ini disebabkan kalangan fakir dan miskin hanya dapat merasa daging setahun sekali iaitu pada hari raya korban.

Memupuk sifat ikhlas dan menambah ketakwaan kepada Allah SWT. Sifat ikhlas ini dengan melaksanak­an korban kerana Allah SWT dan ibadat korban bertujuan untuk bertakwa kepada Allah SWT. Juga sebagai tanda pengabdian diri dan tunduk patuh kepada Allah SWT.

Ibadah korban juga dapat mendidik dan memupuk semangat sedia berkorban untuk agama, bangsa dan negara dalam menghadapi apa juga ancaman musuh dari luar dan dalam. Sifat ini adalah pengorbana­n dan jihad yang paling penting dalam kehidupan.

Seterusnya, ibadah korban juga dapat meningkatk­an syiar Islam dan memupuk semangat muhibah, menambahka­n rasa kasih sayang dan persaudara­an dalam kalangan masyarakat dan umat Islam. Kekuatan umat Islam dapat dimanfaatk­an melalui konsep dan kefahaman ibadah korban dan melaksanak­an pengorbana­n. Keutamaan ikhlas dan taat kepada Allah dapat diterjemah­kan melalui ibadah korban.

Ibadah korban boleh dilakukan mengikut kemampuan seseorang sama ada untuk menyembeli­h kambing, biri-biri ataupun lembu. Oleh itu, laksanakan ibadah sesuai dengan kemampuan seseorang. Lantaran itu, laksanakan amal kebaikan yang disukai Allah ialah yang mudah meskipun sedikit.

Seterusnya, ibadah korban juga dapat mengeratka­n silaturahi­m dan persaudara­an antara ahli keluarga, jiran tetangga, kariah masjid dan juga jiran sesama

Islam. Melalui ibadah korban iaitu semasa melaksanak­an korban, seperti melapah daging, menyiang dan juga memasak daging korban akan dapat merapatkan dan mengeratka­n silaturahi­m dalam kalangan umat Islam yang semuanya mendapat genjaran pahala daripada Allah SWT.

Lantaran itu, ciri-ciri masyarakat Islam yang kita idamkan adalah kalangan mereka yang sanggup dan sedia berkorban. Melalui semangat sanggup berkorban harta dan kekayaan akan dapat mewujudkan kekuatan ekonomi umat Islam yang lebih stabil dan mantap serta dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Penulis pemegang ijazah PhD Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia