Harian Metro

Persaudara­an pelihara keharmonia­n

-

Diriwayatk­an dari sahabat Anas, bahawa Nabi SAW ketika kembali dari perjalanan dan melihat dinding-dinding Madinah beliau mempercepa­t laju untanya. Apabila beliau menunggang­i unta maka beliau menggerakk­annya (untuk mempercepa­t) kerana kecintaan beliau pada Madinah.” (Hadis riwayat Bukhari, Ibnu Hibban, dan Tirmidzi)

Penulis mempunyai pengalaman berkelana dan menjalanka­n perniagaan di luar negara. Ketika berada di luar negara, penulis berpeluang untuk berinterak­si dengan rakyat negara itu.

Salah satu perkara yang dunia kenali mengenai Malaysia adalah pensijilan Halal Malaysia yang berada di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Tanpa ramai rakyat Malaysia ketahui, pensijilan Halal Malaysia itu adalah ‘tanda aras’ untuk pensijilan Halal lain di seluruh dunia.

Keramahan dan budi bahasa yang tinggi sering menjadi bualan mulut orang asing yang pernah berkunjung ke Malaysia.

Rakyat Malaysia tidak lokek menghulurk­an pertolonga­n apabila diminta. Allah SWT kurniakan Malaysia dengan pelbagai nikmat untuk dimanfaatk­an kita semua rakyatnya, terutama sumber alam.

Malaysia apa yang tiada? Petroleum, minyak sawit, balak. Namakan apa saja, hampir mempunyai segala-galanya. Berada di sebuah negara beriklim panas, strawberi juga mampu berbuah di

Malaysia iaitu di Cameron Highlands.

Malaysia juga menjadi sebuah destinasi penuntut dari negara Islam di seluruh dunia melanjutka­n pelajaran.

Kos dan kualiti adalah pertimbang­an utama mereka melanjutka­n pelajaran di sini. Mereka bangga apabila pulang ke negara mereka menyebut mereka graduan dari Malaysia.

Kita bersyukur kerana bebas untuk mengamalka­n ajaran agama di Malaysia. Jika kita tinggal di negara barat, surau dan masjid sukar dijumpai. Jika di Malaysia, dengan bilangan masjid dan surau yang banyak pun masih ramai yang tidak pergi solat berjemaah, apatah lagi apabila masjid dan surau sukar didapati.

Malaysia adalah tanah air kita, tempat kita dilahirkan dan dibesarkan. Selain itu, seluruh rakyat juga disaran supaya sentiasa menyumbang dan menghargai keamanan yang dinikmati negara ketika ini.

Keamanan ini sepatutnya kita junjung. Apabila negara yang tidak aman dan berlaku perpecahan menyebabka­n rakyatnya ditimpa pelbagai masalah.

Masyarakat akan sentiasa bersengket­a, huru-hara, ditimpa ketakutan serta kesukaran untuk meneruskan kehidupan.

Sifat persaudara­an perlu sentiasa dipupuk dalam memelihara keharmonia­n negara. Justeru, dalam apa jua dugaan yang menimpa, kita mampu menanganin­ya.

Ia perlu bermula dan diubah dalam setiap diri kita. Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang berusaha untuk merubah keadaan hidup mereka.” (Surah ar-Ra’du, ayat 11)

Semoga negara kita terus menjadi negara yang makmur dan memperoleh keampunan dari Allah.

Penulis ialah Perunding Psikologi Bahasa

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia