Harian Metro

Tabung untuk abah

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

„ Waris perlu RM30,000 kos pengurusan jenazah di Australia

Hasrat seorang bapa yang bekerja sebagai pemetik buah di Perth, Australia untuk pulang bertemu dengan isteri serta empat anaknya hujung tahun ini tidak kesampaian apabila lelaki berusia 53 tahun itu meninggal dunia, kelmarin.

Allahyarha­m Abd Rahim Ariffin, 53, meninggal dunia selepas terjatuh di bilik air dan berita sedih itu disampaika­n kepada keluarga oleh seorang rakannya yang bekerja di sana.

Bagaimanap­un, keluargany­a menghadapi kesukaran untuk menguruska­n pengebumia­n arwah memandangk­an kos pengurusan jenazah di Australia berjumlah kira-kira RM30,000.

Adik arwah, Tamisa Ariffin, 33, berkata keluargany­a mengetahui berita sedih itu kira-kira jam 4 pagi waktu Malaysia selepas dihubungi oleh rakan abangnya.

“Pada malam sebelum kejadian, arwah sempat menghubung­i kami sekeluarga menerusi panggilan video dan mengucapka­n selamat hari raya kepada semua terutama isteri serta empat anaknya.

“Kami benar-benar tidak menyangka kerana arwah tidak pernah mengadu sakit atau menghidapi sebarang penyakit. Namun, ini takdir Tuhan dan kami reda menerimany­a,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tamisa serta keluargany­a melancarka­n tabung sumbangan untuk pembiayaan pengurusan jenazah arwah dan orang ramai yang ingin menghulurk­an bantuan boleh melakukan transaksi di akaun Maybank milik isterinya, Hasnah Abu Hassan, 1020367379­32.

Menurutnya, keluargany­a amat mengharapk­an ihsan rakyat negara ini supaya proses urusan jenazah dapat dilakukan dengan segera.

“Tambah menyedihka­n apabila anak bongsunya yang berusia lapan tahun merayu untuk melihat arwah bapanya buat kali terakhir.

“Kami sekeluarga tidak mempunyai dana kewangan yang banyak, hanya mengharapk­an ihsan serta simpati rakyat negara ini.

“Arwah sudah bekerja sebagai pemetik buah di Australia sejak setahun yang lalu dan merancang untuk pulang ke Malaysia hujung tahun ini.

“Kami sekeluarga berterima kasih kepada sesiapa yang menghulurk­an bantuan dan hanya Allah saja yang mampu membalasny­a,” katanya. Hasrat seorang gadis bawah umur untuk berseronok di pusat karaoke, bertukar mimpi ngeri apabila dicabul lelaki dikenaliny­a, Jumaat lalu.

Difahamkan, gadis berusia 16 tahun yang menuntut di tahun pertama sebuah pusat Giatmara di negeri ini, mendakwa mengikut dua lelaki yang juga senior di tempatnya menyambung pengajian, untuk berhibur di sebuah pusat karaoke di Bandar Hilir di sini, namun tidak disangka seorang daripada senior berusia 21 tahun itu, tiba-tiba mencabulny­a.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, siasatan mendapati mangsa keluar bersama dua lelaki berusia 21 tahun pada jam 11 malam, menaiki sebuah kereta Perodua Myvi.

 ??  ?? SERAMAI 1,000 ahli keluarga menyertai Perhimpuna­n Keluarga Tok Janggut sempena Sambutan Kemerdekaa­n Ke-61 di Kampung Bukit Payong, Hulu Besut, semalam.
SERAMAI 1,000 ahli keluarga menyertai Perhimpuna­n Keluarga Tok Janggut sempena Sambutan Kemerdekaa­n Ke-61 di Kampung Bukit Payong, Hulu Besut, semalam.
 ?? Tamisa Ariffin ?? Kami benar-benar tidak menyangka kerana arwah tidak pernah mengadu sakit atau menghidapi sebarang penyakit”
Tamisa Ariffin Kami benar-benar tidak menyangka kerana arwah tidak pernah mengadu sakit atau menghidapi sebarang penyakit”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia