Harian Metro

Jemaah haji hilang titis air mata

-

Seorang jemaah haji Malaysia yang terpisah daripada kumpulanny­a ditemui di khemah jemaah haji tetamu Raja Salman Abdul Aziz Alsaud, di sini.

Sahari Jundi yang berusia lewat 60-an, ternyata lega dan hampir menitiskan air mata selepas dibawa ke bilik penginapan tetamu dari Malaysia dan diberi makanan serta minuman.

Dia yang berasal dari Miri, Sarawak, ditemui di bilik jemaah tetamu dari Yaman, malam kelmarin waktu Makkah oleh salah seorang daripada 30 tetamu dari Malaysia.

Turut bersama dalam kumpulan jemaah tetamu dari Malaysia adalah Pengarang Eksekutif Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an.

Sahari yang keletihan dipercayai tersesat ketika dari Arafah ke Mina untuk membuat lontaran di Jamrah.

Khemah tetamu

Raja Salman terletak kira-kira 300 meter dari lokasi melontar di Jamrah.

Dia diserahkan kepada wakil

Tabung Haji pada jam 10.30 malam waktu tempatan atau 3.30 pagi waktu Malaysia selepas jemaah Malaysia menghubung­i Tabung Haji di Makkah.

Sahari tidak banyak bercakap kerana seperti kebingunga­n tetapi kelihatan lega apabila dimaklumka­n beliau berada bersama jemaah haji dari Malaysia dan wakil Tabung Haji akan membawanya ke Maktab 86, untuk menyertai kumpulanny­a semula.

Tidak banyak maklumat diperolehi dari beliau kecuali menyatakan dia sudah dua hari terpisah dari kumpulanny­a dan datang ke Makkah bersama isterinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia