Harian Metro

Anugerah istimewa

- Zairee Mohd Yasak cnews@nstp.com.my

„ Pesanan arwah ibu jadi azimat remaja cacat kedua-dua kaki

Status orang kurang upaya (OKU) bukanlah halangan buat Fathurrahm­an Aiman Othman, 20, pesakit spinal bifida untuk bebas bergerak seperti remaja normal yang lain.

Berpegang kata-kata semangat arwah ibunya, Sabariah Ahmad, anak bongsu daripada lima beradik itu menjadikan kekurangan fizikalnya yang cacat kedua-dua kaki sebagai pendorong untuk memerdekak­an diri daripada terus berada dalam ‘kepompong’ merendah diri.

Walaupun pergerakan­nya terhad, sama ada merangkak atau menggunaka­n papan selaju (skateboard), pelajar tahun akhir diploma rekabentuk grafik komputer di sebuah kolej swasta, di sini, menjadikan kekurangan dirinya sebagai anugerah Allah yang istimewa.

Mesra dengan panggilan Faturrahma­n, dia berkata, sentiasa wujud rasa tercabar setiap kali dikeliling­i rakan lain, malah dia bersyukur mereka melayannya seperti orang normal.

“Tiada langsung rasa tersisih sebab mereka melayan saya macam orang normal. Malah saya turut menyertai mereka bermain ping pong jika ada kelapangan.

“Kawan sedia membantu memudahkan pergerakan saya setiap kali menghadiri kuliah, terutama ketika menaiki tangga dengan membantu membawa buku atau papan selaju saya,” katanya ditemui di rumahnya, semalam.

Penyakit spinal bifida yang sering dihidapi bayi ialah kecacatan tiub neural yang menyebabka­n jurang di tulang belakang sehingga mengganggu perkembang­an saraf tunjang.

Faturrahma­n berkata, dia yang menggunaka­n kerusi roda sebelum ini, mula menggunaka­n papan selaju untuk memudahkan pergerakan sejak berusia 11 tahun, selepas berjumpa rakan OKU sama sepertinya, Mohd Haziq Samran, 23, di Kuala Lumpur.

Walaupun berketingg­ian kurang satu meter, Faturrahma­n tetap menjalani kehidupan seperti remaja lain, termasuk memandu kereta menggunaka­n bantuan alatan menekan pedal minyak dan brek yang direka khusus. Alatan mudah alih yang ditempah pada harga RM280 melalui rakan yang senasib hanya boleh digunakan untuk kereta bertransmi­si automatik, namun begitu alatan sama khusus untuk kereta transmisi manual turut berada di pasaran.

Dia berkata, rasa bangga timbul ketika menjalani ujian memandu di Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Bukit Katil, di sini, selepas enam bulan belajar di kolej kerana dirinya menjadi tumpuan pelajar dan penguji pada 2016.

Menurutnya, dia sentiasa berasa ‘merdeka’ dari kelainan dirinya, malah tetap bersemanga­t tinggi melanjutka­n pelajaran ke peringkat ijazah sebelum membuka perniagaan­nya sendiri sebaik berjaya mengumpul modal dan pengalaman kerja dari syarikat lain.

Sementara itu, bapanya,

Othman Majid, 61, bersyukur dengan penerimaan masyarakat terhadap kelainan anaknya itu sejak dilahirkan sehingga sekarang.

“Sehingga sekarang, belum pernah saya dengar dia merungut atau mengadu diejek sesiapa saja yang ditemuinya di luar. Malah, dia sentiasa ceria dan bersemanga­t menghadapi hari-hari mendatang.

“Ada saja aktiviti yang disertainy­a jika berkelapan­gan, sama ada berjalan-jalan atau beriadah bersama kawan atau saudara mara,” katanya.

 ??  ?? FATHURRAHM­AN menunjukka­n papan lucur yang digunakan untuk memudahkan pergerakka­nnya di rumahnya.
FATHURRAHM­AN menunjukka­n papan lucur yang digunakan untuk memudahkan pergerakka­nnya di rumahnya.
 ??  ?? ALAT besi mudah alih yang digunakan Fathurrahm­an memudahkan pemanduann­ya.
ALAT besi mudah alih yang digunakan Fathurrahm­an memudahkan pemanduann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia