Harian Metro

Ajal diseret kereta ‘terkejut’

- Zuliaty Zulkiffli cnews@nstp.com.my

„ Pesara polis maut dilanggar selepas masuk laluan kenderaan secara tiba-tiba

Seorang pesara polis maut sejurus diseret sebuah kereta Perodua Myvi di Kilometer 13.6, Lebuhraya PLUS berhampira­n Jenalik di sini, petang kelmarin.

Mangsa, Hashim Jaafar, 65, dari Kampung Bendang Perang Mukim Temin di sini, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah dialami.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superinten­dan Mohd Ismail Ibrahim berkata, kejadian dipercayai berlaku jam 7.15 malam membabitka­n motosikal ditunggang mangsa dan kereta Perodua Myvi dari Jitra ke Bukit Kayu Hitam.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang­i mangsa dipercayai keluar secara mengejut dari kanan jalan dan memasuki laluan kereta itu.

“Disebabkan jarak terlalu dekat, pemandu kereta itu tidak sempat memberhent­ikan kenderaan dan melanggar motosikal mangsa.

“Mangsa terpelanti­ng ke atas jalan dan terseret dua meter sebelum meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mohd Ismail berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jitra untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluargany­a.

Beliau berkata, pemandu kereta Perodua Myvi berusia 28 tahun itu berasal dari Simpang Kuala, Alor Setar hanya cedera ringan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN kereta yang remuk selepas berlanggar dengan motosikal di Kilometer 13.6 Lebuhraya Utara-Selatan berhampira­n Jenalik, Kedah.
KEADAAN kereta yang remuk selepas berlanggar dengan motosikal di Kilometer 13.6 Lebuhraya Utara-Selatan berhampira­n Jenalik, Kedah.
 ?? Mohd Ismail Ibrahim ?? Motosikal yang ditunggang­i mangsa dipercayai keluar secara mengejut dari kanan jalan dan memasuki laluan kereta”
Mohd Ismail Ibrahim Motosikal yang ditunggang­i mangsa dipercayai keluar secara mengejut dari kanan jalan dan memasuki laluan kereta”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia