Harian Metro

Tiada lagi hilai tawa mereka

- Nor Fazlina Abdul Rahim cnews@nstp.com.my

„ Keluarga berduka sambut Aidiladha selepas 3 beradik maut serentak dalam kemalangan

“Aidiladha kali ini sepi dan sayu, tiada riuh rendah dengan gelak tawa kerana masing-masing masih dalam kesedihan.

“Malah, ibadat korban yang sepatutnya dibuat semalam (kelmarin) juga terpaksa ditunda ke hari ini memandangk­an kami sekeluarga masih lagi terkejut dengan kehilangan mereka,” kata Nur Faisa Mohamed, 31.

Luahan itu dikongsiny­a sebagai mengingati tiga adik-beradiknya, Mimi Suziana, 39, Nur Fasmida, 24, dan Ahmad Faris, 16, yang meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 19 Jalan Lipis-Merapoh, Padang Tengku, Lipis, jam 9.40 pagi, Isnin lalu.

Turut maut dalam kemalangan itu rakan Nur Fasmida, Nur Farahainsa­h Jaafar, 21.

Nur Faisa berkata, persiapan Aidiladha mereka sekeluarga bertukar kepada majlis tahlil berikutan kejadian itu dan kehilangan mereka sekelip mata, sangat dirasai.

Anak kelima daripada sembilan beradik itu berkata, paling terkesan adalah ibu mereka, Saudah Salleh, 60.

“Ma (ibu) paling terasa dengan apa yang berlaku memandangk­an ketika kejadian itu, dia hanya dimaklumka­n seorang sahaja anaknya yang meninggal dunia sehingga menghampir­i majlis pengebumia­n barulah tahu hal sebenar.

“Kami tidak mahu dia jatuh sakit tetapi selepas tiga hari, Alhamdulil­lah ma semakin baik walaupun saya tahu dia begitu sedih dengan apa yang berlaku.

“Ma begitu tabah dan kuat menghadapi ujian ini dan kami adakan majlis tahlil selama seminggu. Kubur arwah diziarahi pagi Aidiladha (kelmarin),” katanya.

 ??  ?? JENAZAH tiga beradik Mimi Suziana, Nur Fasmida, Ahmad Faris dan rakan Nurfarahai­nsah disolatkan sebelum dibawa pulang ke Bachok dan Pasir Mas Kelantan untuk dikebumika­n.
JENAZAH tiga beradik Mimi Suziana, Nur Fasmida, Ahmad Faris dan rakan Nurfarahai­nsah disolatkan sebelum dibawa pulang ke Bachok dan Pasir Mas Kelantan untuk dikebumika­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia